
Skandal Mafia Korporat Malaysia Kembali Memuncak
Dunia korporat Malaysia kembali bergolak apabila sumber sahih mengesahkan bahawa Victor Chin Boon Long, individu yang digelar sebagai Mafia Korporat Malaysia, kini diburu pihak berkuasa selepas melarikan diri ke luar negara. Perkembangan ini susulan siasatan intensif terhadap syarikat NexG Berhad, serta beberapa syarikat tersenarai awam lain yang dipercayai dikawal dari belakang oleh Victor Chin melalui rangkaian proksi dan pegawai kewangannya.
Francis Leong See Wui Direman Lebih 10 Hari
Sumber mengesahkan bahawa Francis Leong See Wui, antara orang kanan dan penasihat utama Victor Chin, telah direman lebih 10 hari bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram, penipuan korporat dan manipulasi saham.
Francis Leong merupakan individu penting dalam rampasan beberapa syarikat termasuk:
- Green Packet Bhd
- Classita Holdings Bhd (dahulunya Caely Holdings)
- Revenue Group Bhd
- Hong Seng Consolidated Bhd

Beliau turut dikaitkan dengan skandal penjualan semula Innov8tif Holdings Sdn Bhd yang dilaporkan telah dijual lebih empat kali kepada syarikat senarai awam dengan nilai “markup” melampau, dipercayai sebahagian daripada skim penggandaan aset palsu untuk menyalurkan dana gelap.

Setakat ini semakan dalam Bursa Malaysia tiada pengumuman penangkapan reman 11 hari Francis Leong See Wui yang sepatutnya dilakukan oleh syarikat senarai awam.

The Corporate Secret pada 2023 telah mendedahkan siasatan forensik Francis Leong See Wui sebagai dalang utama di sebalik penyelewengan dana RM30.7 juta di Classita Holdings (Caely), yang ketika itu dikaitkan secara langsung dengan Victor Chin.
BAGAIMANA VICTOR CHIN BOON LONG MEMERAH DUIT NEXG BHD DIBANTU DATUK HANIFAH NOORDIN?
Selepas penguasaan Victor Chin Boon Long dalam NexG Berhad, Victor Chin berusaha memerah duit NexG atas nama pelaburan dan pengambilalihan syarikat yang sangat agresif. Berdasarkan rekod Bursa Malaysia dan laporan pasaran, keseluruhan nilai pembelian dan pelaburan tersebut dianggarkan mencecah RM 244 juta antara Mac hingga September 2025.

Daripada pembelian dan pengambilalihan di atas ada 4 perkara yang mencurigakan;
1. Pembelian saham MMAG Holdings Bhd — RM 93 Juta
NexG mula aktif membeli saham dalam MMAG Holdings Bhd seawal 5 Mac 2025, apabila memperoleh 45 juta saham (1.95 %) bernilai RM 18 juta. Hanya tiga minggu kemudian, pada 27 Mac 2025, NexG menambah lagi 175 juta saham (7.58 %) dengan nilai RM 70 juta, menjadikan keseluruhan pegangan hampir 9.53 %.
Langkah ini menimbulkan tanda tanya kerana pembelian dilakukan dalam tempoh singkat terhadap syarikat MMAG Holdings Bhd yang dikuasai Victor Chin Boon Long dan Chan Swee Ying. Jumlah pelaburan dianggarkan RM 88 – 93 juta, menjadikan NexG antara pemegang saham terbesar dalam syarikat logistik dan e-dagang itu.
2. Pengambilalihan Innov8tif Holdings Sdn Bhd — RM 40 Juta
Pada 6 Mac 2025, NexG menandatangani perjanjian untuk mengambil alih 51 % kepentingan dalam Innov8tif Holdings Sdn Bhd daripada Revenue Group Bhd dengan nilai RM 40 juta tunai.
Innov8tif ialah syarikat teknologi tempatan yang membangunkan sistem pengenalan digital (e-KYC) dan automasi AI namun tidak sepadan dengan teknologi NexG Bhd. Selepas bertukar tangan dari semua syarikat Victor Chin Boon Long akhirnya berjaya dijual semula kepada NexG Bhd. NexG dapat teknologi sampah tapi Victor Chin berjaya jual kepada NexG Bhd.Urus niaga ini menambah tekanan terhadap aliran tunai syarikat kerana ia dibuat serentak dengan pelaburan lain berskala besar.
3. Pembelian Harta Industri (Pixio Sdn Bhd, Petaling Jaya) — RM 28.5 Juta
Pada 10 Jul 2025, NexG melalui anak syarikatnya membeli kompleks industri terdiri daripada kilang dua tingkat, blok pejabat tiga tingkat dan gudang daripada Pixio Sdn Bhd dengan harga RM 28.5 juta. Pixio Sdn Bhd yang beroperasi dalam industri percetakan digital besar di Nilai, Negeri Sembilan. Pemegang saham syarikat ini daripada Singapura mDR Limited.
Walaupun rasmi disebut sebagai langkah menyatukan operasi, beberapa penganalisis melihatnya sebagai cara “menukar bentuk tunai kepada aset fizikal” yang boleh dijadikan cagaran atau dijual semula dengan cepat — suatu corak biasa dalam transaksi berisiko tinggi.
4. Pengambilalihan Classita Holdings Bhd — RM 76.78 Juta
Transaksi paling besar berlaku pada 1 Ogos 2025, apabila NexG membeli 32.61 % pegangan dalam Classita Holdings Bhd daripada Hong Seng Consolidated Bhd, iaitu salah satu syarikat dalam penguasaan Victor Chin dan isterinya Chan Swee Ying. Nilai urus niaga ialah RM 60.31 juta tunai, bersamaan 15 sen sesaham — 87.5 % lebih tinggi daripada harga pasaran semasa (8 sen).
NexG juga membeli 414.31 juta unit waran Classita dengan nilai RM 16.47 juta, menjadikan jumlah keseluruhan RM 76.78 juta. Jumlah ini melebihi baki tunai syarikat (RM 61.6 juta) dan hampir dua kali ganda hutang jangka pendeknya (RM 39.55 juta). Sehari selepas pengumuman, saham NexG merosot 31 %, mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap rasional dan sumber pembiayaan transaksi ini.
Bagaimanapun semua Cash Cow NexG Bhd ini tidak berjaya dilaksana jika tidak kelulusan Datuk Hanifah Noordin. Beliaulah punca semua transaksi kewangan ini.

PEMBONGKARAN MAFIA KORPORAT : FAIL SULIT VICTOR CHIN BOON LONG
Laporan The Corporate Secret bertajuk Rahsia Mafia Korporat Malaysia – Victor Chin Boon Long Peralat Penguatkuasa Terbongkar sudah dibongkar sejak 2023 mendedahkan modus operandi Victor Chin dalam memperalat pegawai penguat kuasa dan pengarah syarikat bagi mengawal transaksi serta mengelak tindakan undang-undang.

BACA FAIL PENUH VICTOR CHIN BOON LONG
Kekasih Gelap Victor Chin, Lim Siew Ping (Eunice), Turut Direman
Turut ditahan reman ialah Lim Siew Ping, dikenali sebagai Eunice — isteri kedua atau kekasih gelap Victor Chin yang dikatakan memainkan peranan penting dalam mengurus hubungan luar dan akaun rahsia syarikat. Lim Siew Ping pernah berkhidmat sebagai Non-Independent Non-Executive Director di MMAG Holdings Berhad hingga pengunduran beliau pada 24 September 2019.
Menurut sumber, selain Francis dan Eunice, antara individu lain dalam rangkaian dalaman Victor Chin ialah:
- Tan Ooi Jin (Shane) – pengurus kewangan utama yang menyelia akaun luar negara;
- Su Seong Yeen (Samantha) – penyelaras pelaburan dan juruaudit dalaman rangkaian syarikat.

ISTERI PERTAMA- MADAM CHAN SWEE YING DALAM RADAR PENGUATKUASA
Bagi memastikan operasi korporat kekal berjalan, Victor Chin menyerahkan kebanyakan urusan pegangan saham dan pengarah kepada isteri pertamanya, Madam Chan Swee Ying, yang diketahui menjadi pemegang saham proksi dalam hampir semua syarikat tersenarai awam milik Victor Chin.

Pemerhati pasaran percaya Chan Swee Ying mungkin menjadi individu seterusnya ditahan, memandangkan beliau turut dikaitkan dalam transaksi silang saham di antara Classita, NexG Bina, CSH Alliance Bhd dan Hong Seng Consolidated.
Victor Chin Boon Long dilaporkan melarikan diri ke luar negara. Jika Victor Chin ditangkap kes ini dijangka menjadi salah satu siasatan pengubahan wang haram dan penipuan korporat terbesar dalam sejarah pasaran saham Malaysia.
Ia bukan sahaja membuka ruang untuk memulihkan keyakinan pelabur, tetapi juga menjadi peringatan keras kepada semua pemain pasaran bahawa pengaruh dan manipulasi melalui proksi korporat tidak akan kekal lama apabila kebenaran terbongkar. Terlalu ramai Victor Chin aniaya.