Akhirnya, selepas sekian lama pelbagai dakwaan penipuan, salah guna kuasa dan manipulasi korporat didedahkan media bebas, ahli perniagaan kontroversi Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu kini berdiri di kandang tertuduh. Lelaki yang sebelum ini dilabel sebagai “scammer elit” oleh beberapa laporan media kini didakwa secara rasmi atas pertuduhan rasuah berjumlah RM8 juta.
Didakwa Rasuah RM8 Juta Berkait Pinjaman RM400 Juta BPMB
Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Ranjeet Singh, 56, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi suapan RM8 juta kepada bekas Presiden dan Pengarah Urusan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Datuk Mohd Zafer Mohd Hashim.
Suapan itu didakwa sebagai dorongan bagi membantu meluluskan pinjaman RM400 juta kepada V Telecoms Berhad untuk membiayai projek pembangunan rangkaian gentian optik pesisir pantai di Semenanjung Malaysia.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Selain itu, Ranjeet turut berdepan satu lagi pertuduhan menggunakan dokumen palsu bertajuk “Joint Completion Guarantee” bertarikh 21 Jun 2012, yang kononnya melibatkan Huawei Technologies Co Ltd bagi memenuhi syarat kelulusan pinjaman tersebut. Pertuduhan ini dibuat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mac untuk sebutan semula kes.
Rekod Liabiliti Melebihi RM600 Juta
Pertuduhan rasuah RM8 juta ini bukan episod pertama dalam siri panjang kontroversi yang menyelubungi nama Ranjeet Singh. Banyak aduan dan laporan tetapi Ranjeet Singh sangat kebal. Antara isu dikaitkan dengan Ranjeet Singh ialah;
Penghakiman UK – RM512 Juta
Pada 22 Julai 2022, Mahkamah Rayuan UK menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan beliau membayar €101.5 juta (sekitar RM512 juta) kepada Zavarco PLC. Mahkamah mendapati beliau memperuntukkan saham syarikat kepada dirinya tanpa balasan tunai, melanggar Akta Syarikat UK 2006.
Dua Penghakiman Sivil di Malaysia
- RM29.4 juta – Mahkamah mendapati beliau memanipulasi akaun untuk menuntut “pendahuluan pengarah”.
- RM61 juta – Mahkamah memerintahkan beliau membayar ganti rugi termasuk pampasan punitif atas dakwaan melesapkan dana pelabur.
Gabungan ketiga-tiga keputusan ini menjadikan liabiliti sivilnya melebihi RM600 juta — antara kes penipuan korporat terbesar membabitkan warganegara Malaysia di luar negara.

Konspirasi BPMB: Dakwaan Jaringan Dalaman
Laporan terdahulu turut mengaitkan beberapa nama dalam apa yang didakwa sebagai konspirasi melibatkan pengurusan pemulihan BPMB, firma guaman serta individu berkepentingan.
Antara dakwaan yang dibangkitkan:
- Konflik kepentingan dalam pengendalian guaman
- Consent judgment yang didakwa terlalu ringan
- Afidavit palsu bagi menyokong naratif tertentu
- Kegagalan melaporkan dakwaan rasuah sejak 2018
- Dakwaan pelanggaran Seksyen 17A Akta SPRM
- Manipulasi proses kehakiman
- Kerosakan kewangan dan reputasi terhadap pihak ketiga yang tidak bersalah
Laporan oleh Independent Corporate Investigative Journalists (@ICIJnews) bertajuk “Konspirasi BPMB: Dana Awam Diseleweng, Pihak Tidak Bersalah Jadi Mangsa” mendedahkan rangkaian dakwaan serius melibatkan pengurusan dalaman Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), firma guaman yang dilantik serta beberapa individu berkepentingan. Pendedahan itu mendakwa wujud unsur konspirasi yang bukan sahaja melibatkan salah urus dana awam, malah menyebabkan pihak ketiga yang tidak bersalah menanggung implikasi kewangan dan reputasi yang berat.
Antara nama yang disebut ialah Nik Nor Aini Nik Mohamed selaku Ketua Pemulihan BPMB, firma guaman Lim Chee Wee Partnership (LCWP), serta Ranjeet Singh Sidhu dan Sa’adah. LCWP yang diketuai Dato’ Lim Chee Wee didakwa bukan sekadar bertindak sebagai penasihat undang-undang, malah memainkan peranan penting dalam pengaturan consent judgment yang menjadi pertikaian. Lebih membimbangkan, Lim Chee Wee sebelum ini dikatakan mempunyai kepentingan dalam Kuber Venture Berhad, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Ranjeet, sekali gus menimbulkan persoalan serius mengenai konflik kepentingan.

Turut disebut dalam laporan tersebut ialah Tan Sri Rashpal Singh Randhay, pengarah BPMB dan rakan lama Ranjeet, yang didakwa menjadi faktor perlindungan kepada Ranjeet — seorang yang digelar “litigant bersiri” berikutan rekod penghakiman sivil melebihi RM600 juta terhadapnya. Laporan media antara 2023 hingga 2025 juga melabelkan Ranjeet sebagai “scammer elit” selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas aset bernilai kira-kira RM620 juta yang dikaitkan dengan pinjaman Aries. Keseluruhan dakwaan ini menimbulkan persoalan besar tentang tadbir urus, akauntabiliti serta kemungkinan wujudnya jaringan perlindungan dalam pengurusan dana awam.
Kesemua dakwaan ini sebelum ini menjadi subjek pendedahan media dan perbahasan awam, termasuk tindakan saman peguam Ranjeet Singh terhadap portal The Corporate Secret

kerana guna wang untuk tutup kesnya selain firma peguam firma guaman Lim Chee Wee
Partnership (LCWP) yang rapat penguatkuasa
Dari “Litigant Bersiri” ke Tertuduh Jenayah
Nama Ranjeet Singh sebelum ini kerap muncul dalam litigasi sivil berskala besar di dalam dan luar negara. Pendedahan The Edge, Independent Corporate Investigative Journalists, TCS dan media lain. Namun pertuduhan jenayah rasuah RM8 juta ini mengubah dimensi kes — daripada liabiliti korporat kepada pertanggungjawaban jenayah. Sekalipun bekas Presiden dan Pengarah Urusan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Datuk Mohd Zafer Mohd Hashim meninggal dunia tetapi pertuduhan terhadap Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu tetap diteruskan.

Persoalan kini bukan lagi sama ada kontroversi itu benar-benar wujud — tetapi sejauh mana sistem perbankan pembangunan negara telah terdedah kepada risiko campur tangan dan manipulasi oleh para ahli perniagaan di negara ini.
Selepas bertahun-tahun dakwaan, saman balas, dan pertikaian undang-undang, mahkamah kini menjadi pentas penentu. Perbicaraan bakal menentukan sama ada label “scammer elit” itu sekadar retorik media — atau refleksi kepada realiti yang akhirnya terbongkar di hadapan hakim.
