KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Dato’ Lsr Hazri Hassan bersama seorang pegawai kanannya akan didakwa di mahkamah minggu ini berhubung penyelewengan dana kira-kira RM900,000.
Pendakwaan dijangka dibuat pada Rabu atau Khamis susulan siasatan yang membawa kepada penahanan kedua-dua individu pada 11 Februari lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan siasatan melibatkan penyalahgunaan peruntukan, termasuk dakwaan dana tersebut digunakan bagi tujuan menunaikan umrah.
Kedua-dua individu itu sebelum ini direman selama lima hari bagi membantu siasatan, sekali gus mencetuskan persoalan terhadap integriti pengurusan di peringkat tertinggi jabatan tersebut.
