KUALA LUMPUR — Lebih tiga tahun selepas operasi SPRM berkaitan syarikat perjudian pada Ogos 2023, industri perjudian dan pembekalan mesin permainan negara digegarkan oleh operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian rasuah serta penyaluran dana politik PRU-15.
Antara syarikat yang menjadi perhatian ialah RGB International Berhad, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang terlibat dalam pembekalan mesin permainan elektronik, peralatan kasino, sokongan teknikal dan pengendalian konsesi mesin permainan.
Pengarah Urusannya, Datuk Seri Chuah Kim Seah, serta Pengarah Bebas Bukan Eksekutif ketika itu, Tan Sri Norazman Hamidun, dilaporkan antara individu yang ditahan bagi membantu siasatan. RGB mengesahkan Chuah telah ditahan SPRM sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Sebanyak 13 individu termasuk taikun judi ditahan, akaun RM40 juta dibekukan
Dalam operasi menggempur syarikat perjudian itu, SPRM dilaporkan menahan 13 individu, termasuk tokoh korporat bergelar Tan Sri dan Datuk Seri, bagi siasatan berhubung dakwaan pemberian rasuah oleh beberapa syarikat perjudian.
Akaun milik individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM40 juta turut dilaporkan dibekukan. SPRM ketika itu juga dikatakan sedang mengesan beberapa individu yang dipercayai berada di luar negara.

Operasi tersebut kemudian dikaitkan dengan beberapa syarikat besar dalam industri kelab rekreasi, mesin slot dan permainan elektronik, termasuk GPL Group Sdn Bhd dan Palmgold Corporation Sdn Bhd.
GPL Group dikaitkan dengan Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik dan anaknya, Dato’ Douglas Cheng, manakala Palmgold Corporation pula dikaitkan dengan pengasas Tropicana Corporation Berhad, Tan Sri Danny Tan Chee Sing. Nama mendiang Tan Sri Ta Kin Yan, pengasas Waz Lian Group, turut disebut dalam laporan berkaitan rangkaian perniagaan mesin permainan. Semua ditahan untuk siasatan sehingga ada yang melarikan diri ke luar negara.

GPL GROUP SDN BHD — TAN SRI DATO’ CHENG JOO TEIK DAN DATUK DOUGLAS CHENG
Siapa yang tidak mengenali GPL Group Sdn Bhd, kumpulan yang dikaitkan dengan Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik dan anaknya, Datuk Douglas Cheng? Dalam industri perjudian dan gaming, GPL bukan nama kecil. Rangkaiannya dilaporkan merangkumi pusat hiburan, karaoke, pusat permainan serta premis yang beroperasi menggunakan konsep “kelab sukan dan rekreasi” di Malaysia dan luar negara.


Dokumen pada 28 Jun 2024 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 menunjukkan GPL Group hanya mempunyai modal saham RM2. Pada tahun berkenaan, syarikat merekodkan pendapatan hanya RM15,000, kerugian sebelum cukai RM661,535 dan kerugian selepas cukai RM662,021. Kerugian terkumpul pula berjumlah RM490,286.
Ketika itu, GPL Group mempunyai keseluruhan aset sekitar RM2.42 juta, terdiri daripada aset bukan semasa RM1.84 juta dan aset semasa RM572,400. Liabiliti semasanya pula mencecah RM2.98 juta, sudah melebihi keseluruhan aset syarikat.

Keadaan bukannya bertambah baik dalam rekod kewangan terkini bagi tahun berakhir 31 Disember 2025. Pendapatan GPL Group melonjak kepada RM1.13 juta, tetapi syarikat masih mencatatkan kerugian sebelum dan selepas cukai masing-masing sebanyak RM1.08 juta. Kerugian terkumpul pula meningkat lebih tiga kali ganda kepada RM1.52 juta.
Dalam tempoh yang sama, jumlah aset meningkat kepada kira-kira RM4.35 juta, tetapi liabiliti semasa turut melonjak kepada RM6.50 juta. Ini bermakna liabiliti semasa melebihi keseluruhan aset sebanyak kira-kira RM2.15 juta. Peningkatan pendapatan hampir 75 kali ganda berbanding rekod terdahulu ternyata tidak diterjemahkan kepada keuntungan; sebaliknya, kerugian selepas cukai bertambah sekitar RM414,385.
Struktur pengurusan GPL Group juga berubah. Dalam rekod SSM terdahulu, Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik dan Dato’ Lim Kim Huat disenaraikan sebagai pengarah sejak 1 Disember 2008. Namun, rekod terkini tidak lagi menyenaraikan Cheng sebagai pengarah. Tempatnya dalam lembaga kini diisi oleh Datuk Douglas Cheng Heng Lee, yang dilantik pada 3 September 2025, manakala Dato’ Lim kekal sebagai pengarah.
Walaupun tidak lagi menjadi pengarah, Cheng masih memegang satu daripada dua saham GPL Group. Satu lagi saham dimiliki Dato’ Lim. Oleh itu, kedua-duanya masing-masing menguasai 50% syarikat, manakala Datuk Douglas Cheng berperanan sebagai pengarah tetapi tidak disenaraikan sebagai pemegang saham langsung.
Menurut rekod yang dirujuk, rangkaian GPL dikatakan menguruskan lebih 54 pusat sukan, rekreasi, perjudian dan hiburan. Angka itu belum mengambil kira dakwaan berkaitan perjudian dalam talian atau operasi tanpa lesen yang yang dimiliki oleh kumpulan

Jika rangkaian perniagaan GPL benar-benar sebesar itu, mengapa syarikat pemegangannya terus mencatatkan kerugian, ekuiti negatif dan liabiliti yang mengatasi aset? Adakah sebahagian besar pendapatan operasi direkodkan melalui anak-anak syarikat atau entiti lain dalam rangkaiannya? Apakah perbelanjaan yang menyebabkan peningkatan pendapatan kepada RM1.13 juta masih berakhir dengan kerugian RM1.08 juta?
Rekod SSM mungkin tidak membuktikan pengelakan cukai namun peningkatan mendadak pendapatan, kerugian yang terus membesar, modal saham hanya RM2 serta struktur korporat yang berlapis-lapis merupakan perkara yang wajar diperiksa dengan lebih mendalam oleh LHDN dan agensi penguatkuasaan berkaitan. Mungkinkah GPL menggunakan tunai menyembunyikan pendapatannya?
DATUK DOUGLAS CHENG HENG LEE – TREC
Dato’ Douglas Cheng juga merupakan pengasas dan pengerusi projek TREC bernilai RM323 juta – hab hiburan gaya hidup bersepadu terbesar di Malaysia.


MYTECH GROUP BHD : TAN SRI DATO’ CHENG JOO TEIK & DATO’ DOUGHLAS CHENG
Selain GPL Group Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik dan Dato’ Doughlas juga pemegang saham terbesar MYTECH GROUP BHD. Semua hasil judi dicuci dalam MyTech. Sebelum ini Pemegang saham kedua terbesar dalam MyTech ialah TS Wong Pengasas MYEG Services Bhd (Zetrix AI) namun sudah menjualnya kepada Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik dan Dato’ Doughlas.

Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik dan keluarganya kini menjadi pemegang saham pengawal MyTech Group Bhd melalui Gain Millen Sdn Bhd. Gain Millen dimiliki 80% oleh Cheng, manakala anaknya, Datuk Douglas Cheng Heng Lee dan Andrew Cheng Heng Jin masing-masing memegang 10%. Berdasarkan rekod terkini yang dirujuk, Gain Millen memegang sekitar 50.7% saham MyTech, sementara keseluruhan kepentingan Cheng bersama pihak yang bertindak bersama dilaporkan mencapai 56.09%.

Struktur ini memberikan keluarga Cheng kawalan efektif terhadap MyTech, walaupun pegangan berkenaan disusun melalui syarikat pelaburan keluarga dan beberapa kepentingan langsung. Datuk Douglas Cheng juga merupakan Pengarah Eksekutif MyTech serta disenaraikan sebagai pihak yang bertindak bersama dalam tawaran pengambilalihan mandatori syarikat tersebut.
Sekali lagi trend syarikat dimiliki GPL Group terus mencatatkan kerugian. Walaupun jumlah aset dan pendapatan meningkat, liabiliti turut melonjak sehingga melebihi keseluruhan aset syarikat.
Dalam kes Gain Millen syarikat mencatatkan keuntungan kecil dan kedudukan kewangan masih lemah. Liabiliti semasanya berjumlah RM25.86 juta, sedangkan jumlah keseluruhan aset hanya RM23.37 juta. Ini menghasilkan kekurangan aset bersih atau ekuiti negatif kira-kira RM2.49 juta.
Keupayaan membayar obligasi jangka pendek juga kelihatan tertekan. Aset semasa hanya RM1.35 juta berbanding liabiliti semasa RM25.86 juta—bersamaan nisbah semasa kira-kira 0.05 kali. Secara ringkas, bagi setiap RM1 liabiliti semasa, Gain Millen hanya mempunyai sekitar 5 sen aset semasa.
Apa yang menarik, sebahagian besar asetnya—sekitar RM22.02 juta atau 94% daripada jumlah aset—diklasifikasikan sebagai aset bukan semasa. Sebagai sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang mengawal lebih 50 peratus saham MYTECH GROUP BHD.
PMX SERANG GPL GROUP SDN BHD
Sebelum menjadi PM ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim pada November 2021 pernah menggesa kerajaan dan Kementerian Kewangan (MoF) menyiasat penglibatan orang-orang Melayu-Islam dalam aktiviti perjudian. Anwar berkata 45 peratus daripada 62 kelab judi yang dipercayai dianggotai oleh orang Islam. Malah beliau ketika itu mendesak agar PDRM menyiasat penglibatan seorang individu dikenali sebagai Douglas Cheng daripada syarikat GPL Group, yang didakwa bergerak secara bebas dan memiliki jumlah syarikat perjudian yang besar di negara ini.
“Kebebasan (GPL Group) boleh mengundang orang-orang Melayu, mungkin kelas atasan untuk bersama dalam kegiatan perjudian ini.
“Saya juga mahu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyemak kedudukan (GPL Group) agar dapat dipantau dan tindakan diambil,” katanya

Sejak tahun 2023 PMX mengarahkan SPRM menyerbu syarikat-syarikat judi termasuk GPL Group dan membekukan RM40 juta akaun bank.
SPRM dan LHDN sepatutnya bertindak terhadap GPL Group Sdn Bhd ini.
PALMGOLD CORPORATION SDN BHD- TAN SRI DANNY TAN CHEE SING
Satu lagi syarikat judi terkenal yang juga lari dari bayar cukai ialah PALMGOLD CORPORATION SDN BHD milik adik Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Danny Tan Chee Sing pemilik Tropicana Corporation Bhd dan Pengarah Eksekutif Sport Toto Berhad (Berjaya).


PALMGOLD dikendalikan oleh anak Tan Sri Danny Tan Chee Sing, Dato’ Dickson Tan Yong Loong

Prestasi kewangan Palmgold bagi FY2025 menunjukkan gambaran yang bercampur. Pendapatan syarikat menjunam 96% daripada RM4.98 juta pada FY2023 kepada hanya RM198,505. Kejatuhan mendadak ini menunjukkan aktiviti perniagaan utama syarikat merosot dengan ketara atau hampir tidak lagi menjana hasil yang bermakna.
Walaupun begitu, Palmgold merekodkan keuntungan selepas cukai RM209,213, meningkat 135.6% berbanding RM88,790 pada FY2023. Angka ini memerlukan penelitian kerana keuntungan FY2025 sebenarnya melebihi jumlah pendapatan yang dilaporkan. Berdasarkan maklumat yang tersedia, perkara tersebut berkemungkinan berpunca daripada pendapatan lain, keuntungan luar biasa atau pelarasan perakaunan. Namun, ringkasan kewangan SSM tidak memperincikan sumbernya, maka peningkatan keuntungan itu belum boleh dianggap sebagai bukti pemulihan operasi teras.
Kedudukan kunci kira-kira pula kekal lemah. Jumlah aset merosot 56.7% daripada RM2.29 juta kepada RM994,223. Walaupun liabiliti semasa berkurang 12.7% kepada RM11.39 juta, jumlah tersebut masih lebih 11 kali ganda daripada keseluruhan aset syarikat. Ekuiti Palmgold juga kekal negatif pada RM10.40 juta, hanya bertambah baik sekitar RM361,395 berbanding negatif RM10.76 juta pada FY2023. Kerugian terkumpul masih sangat besar, iaitu RM10.98 juta, sedangkan modal saham kekal RM575,000.
Kesimpulannya, Palmgold mencatat keuntungan atas kertas pada FY2025, tetapi asas kewangannya belum menunjukkan pemulihan yang kukuh. Kejatuhan hasil, penyusutan aset, liabiliti semasa yang terlalu tinggi dan ekuiti negatif menggambarkan sebuah syarikat yang masih berdepan tekanan kewangan serius. Tanpa penyata kewangan penuh, sumber keuntungan RM209,213 itu perlu diperjelaskan sebelum prestasi FY2025 boleh dianggap sebagai pemulihan sebenar.
TREND SYARIKAT PERJUDIAN
Trend kewangan dua syarikat perjudian ini memperlihatkan petunjuk mencurigakan yang wajar disiasat sebagai kemungkinan pengelakan cukai: hasil operasi merosot atau terlalu kecil, keuntungan tidak sepadan dengan pendapatan, manakala kerugian terkumpul dan liabiliti kekal besar. Sukar diterima secara munasabah apabila perniagaan perjudian yang dikaitkan dengan aliran tunai tinggi melaporkan prestasi sedemikian secara berterusan. Namun, pola ini ialah tanda amaran, bukan bukti muktamad. LHDN perlu mengaudit aliran tunai, transaksi pihak berkaitan, akaun pengarah dan pemegang saham serta pendapatan yang mungkin dialihkan kepada entiti lain bagi menentukan sama ada keuntungan sebenar telah disembunyikan atau cukai dielakkan.
Daripada SPRM kepada Kartel LHDN
Pada 27 Oktober 2024, The Corporate Secret membangkitkan dakwaan bahawa syarikat-syarikat yang mengendalikan perniagaan kelab rekreasi dan mesin permainan disyaki tidak melaporkan keseluruhan pendapatan serta mengelak pembayaran cukai yang didakwa mencecah ratusan juta ringgit.
Dua hari kemudian, pada 29 Oktober 2024, The Corporate Secret melaporkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menjalankan operasi terhadap GPL Group dan Palmgold Corporation.
Menurut laporan tersebut, operasi berkenaan bertujuan mendapatkan dokumen dan maklumat mengenai pendapatan, transaksi perniagaan serta kemungkinan ketidakpatuhan dalam pelaporan kewangan syarikat.
Laporan itu turut mendakwa bahawa syarikat berkaitan mempunyai banyak premis atau cawangan, tetapi terus melaporkan kerugian—keadaan yang menimbulkan persoalan tentang keselarasan antara skala operasi dengan cukai yang dibayar.
Serbuan besar, tetapi hasilnya dirahsiakan?
Hampir dua tahun selepas operasi LHDN yang dilaporkan itu, belum ditemukan kenyataan rasmi yang boleh disahkan mengenai jumlah taksiran tambahan, penalti atau tindakan mahkamah terhadap GPL Group dan Palmgold Corporation.
Tidak diketahui sama ada kedua-dua syarikat itu telah:
- dikenakan taksiran cukai tambahan;
- membayar tunggakan atau penalti;
- membuat rayuan terhadap keputusan LHDN;
- mencapai penyelesaian pentadbiran;
- didakwa atas sebarang kesalahan; atau
- dibersihkan daripada dakwaan selepas audit diselesaikan.
Mengapa semua siasatan menjadi misteri dari SPRM kepada LHDN? Bawah Tan Sri Azam Baki syarikat judi berjaya berunding dengannya manakala di LHDN ada kartel pegawai melepaskan syarikat perjudian ini. Siapa?
KARTEL PEGAWAI LHDN TUTUP KES TAIKUN JUDI?
Ketika kerajaan kehilangan hasil cukai bernilai berbilion ringgit, timbul dakwaan bahawa segelintir pegawai kanan LHDN menggunakan kedudukan mereka untuk melengah-lengahkan siasatan dan melemahkan tindakan penguatkuasaan. Menurut sumber laporan terdahulu, kartel ini didakwa bertindak sebagai orang tengah yang berunding dengan syarikat culas sebelum mempengaruhi pengurusan tertinggi LHDN supaya kes dilepaskan, penalti dikurangkan atau penyelesaian lebih ringan diberikan.
Lebih membimbangkan, terdapat dakwaan bahawa fail tertentu sengaja tidak diserahkan kepada bahagian siasatan untuk tindakan segera. Campur tangan pegawai atasan dan bawahan dipercayai menyebabkan kes tertangguh, tersangkut atau hilang daripada radar penguatkuasaan. Jika dakwaan ini benar, kelewatan tersebut bukan lagi kelemahan pentadbiran biasa, tetapi berpotensi menjadi suatu mekanisme tersusun untuk melindungi pihak yang gagal membayar cukai.
The Corporate Secret mempunyai bukti penyata akaun bank syarikat ini jelas sepatutnya membayar cukai namun berjaya ‘kawtim’ dengan pegawai kartel LHDN
Setakat yang dilaporkan dalam beberapa blog sebelum ini Datuk Khairul Halimin Abdul Halim (Timbalan TKPE – Cawangan Khas) dan Mathan Kaliappan merupakan antara pegawai yang dinamakan dalam aduan berhubung dakwaan kartel berkenaan. Syarikat bermasalah dikatakan akan berurusan dengan mereka terlebih dahulu sebelum perkara tersebut dibawa kepada Ketua Pegawai Eksekutif LHDN. Persoalannya, atas kapasiti apakah pertemuan dan rundingan seperti ini dilakukan, siapakah syarikat yang mendapat manfaat, serta berapa banyak hasil negara yang akhirnya dikurangkan atau dilepaskan?

Mathan Kaliappan turut didakwa berpengaruh dalam pengendalian kes sivil melibatkan taikun perjudian dan syarikat besar yang berdepan tuntutan cukai. Dakwaan bahawa kes bernilai jutaan ringgit boleh “diselesaikan” di luar saluran sewajarnya tidak boleh disapu ke bawah permaidani. LHDN tidak boleh dibiarkan mempunyai seorang “Napoleon kecil” yang didakwa berkuasa menentukan syarikat mana perlu diburu dan syarikat mana boleh diberikan jalan keluar.

Jika semua dakwaan ini tidak benar, LHDN sepatutnya tampil dengan penjelasan terbuka dan terperinci. Namun, jika terdapat asas, siasatan bebas mesti dilakukan terhadap setiap fail yang dikendalikan, jumlah penalti yang dikurangkan, keputusan untuk tidak mendakwa serta komunikasi dengan syarikat terbabit. Pegawai pemungut cukai tidak boleh menjadi pelindung kepada syarikat yang menghakis hasil negara
Janganlah rakyat kecil disekat, taikun besar dirunding. LHDN boleh mengenakan sekatan perjalanan terhadap individu yang mempunyai tunggakan cukai. Pembayar cukai biasa dikejar melalui notis, penalti, potongan dan tindakan undang-undang. Namun, syarikat besar yang memiliki wang, pengaruh dan akses didakwa boleh memasuki bilik rundingan serta keluar dengan beban yang jauh lebih ringan.
Pada 2023, lebih 180,000 individu dilaporkan dikenakan sekatan perjalanan kerana tunggakan cukai bernilai berbilion ringgit. Pada masa sama, LHDN turut mengesan taksiran tambahan bernilai RM5.2 bilion yang tidak dilaporkan oleh individu dan syarikat.
Dalam keadaan ketirisan cukai sebesar itu, dakwaan bahawa pegawai dalaman boleh “menyelesaikan” fail tertentu bukan sekadar mencemarkan nama LHDN. Ia berpotensi menyebabkan negara kehilangan hasil yang sepatutnya digunakan untuk sekolah, hospital, pengangkutan awam dan bantuan rakyat.
SPRM digesa menyiasat semua dakwaan mengenai kartel LHDN yang berunding dengan syarikat taikun perjudian. Begitu juga membuka kembali siasatan kes taikun judi yang diburu tahun 2023. Apa status siasatan dan tangkapan kes itu.
