Prestasi IJM Corporation Bhd merosot apabila keuntungan suku tahunan menjunam 86.1% kepada RM15.76 juta di tengah tekanan kewangan dan siasatan berkaitan pengerusinya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Serious Fraud Office United Kingdom.
Prestasi kewangan terkini IJM Corporation Bhd mencetuskan tanda tanya apabila keuntungan bersih syarikat itu menjunam ke paras terendah hampir empat tahun.
Bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2025, keuntungan bersih IJM merosot 86.1% kepada hanya RM15.76 juta, berbanding RM113.34 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya. Kemerosotan ketara itu didorong terutamanya oleh kerugian pertukaran asing belum direalisasi berjumlah RM60.8 juta.
Lonjakan kerugian forex tersebut amat ketara berbanding hanya RM3.5 juta pada tahun sebelumnya, sekali gus menunjukkan peningkatan hampir 18 kali ganda dalam tempoh setahun.
Selain itu, divisyen pembangunan hartanah turut bertukar daripada untung kepada rugi, mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM42 juta. Keadaan ini dikaitkan dengan jualan hartanah yang lebih perlahan serta ketiadaan keuntungan luar biasa daripada penjualan tanah seperti yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
Menariknya, walaupun keuntungan merosot, hasil kumpulan sebenarnya meningkat. Bagi tempoh sembilan bulan berakhir Disember 2025, hasil IJM naik 12.4% kepada RM5.01 bilion, namun keuntungan bersih tetap susut 35.45% kepada RM177.14 juta.
Situasi di mana hasil meningkat tetapi keuntungan menurun lazimnya menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi, pelarasan nilai aset, atau faktor luar biasa dalam operasi syarikat.
Dalam kes IJM, perkembangan ini berlaku ketika latar belakang korporat syarikat turut dilihat semakin kompleks.
Syarikat tersebut kini menjadi sasaran cadangan pengambilalihan oleh Sunway Bhd, satu langkah yang berpotensi mengubah landskap pemilikan salah satu konglomerat pembinaan terbesar negara.
Siasatan terhadap Pengerusi IJM- Skandal RM2.5 bilion
Pada masa yang sama, perhatian pasaran sebelum ini turut tertumpu kepada Pengerusi IJM, Tan Sri Krishnan Tan, yang dikaitkan dengan siasatan berhubung dakwaan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sekitar RM2.5 bilion.
Masalah IJM adalah siasatan terhadap masalah peribadi Pengerusi IJM Tan Sri Krishnan Tan. Walaupun tekanan dibuat beliau tidak mahu meletak jawatan yang menyebabkan pegawai eksekutif IJM turut menerima tekanan apabila disiasat dan akaun bank mereka dibekukan.
Pendedahan akaun peribadi mencurigakan milik Tan Sri Krishnan Tan dan proksinya Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong mencetuskan persoalan dari mana dana itu diperolehi. Mereka berbelanja terlalu besar namun pengisyiharatan cukai tidak sepadan dengan pendapatan.

Setakat ini walaupun tiada pertuduhan rasmi diumumkan setakat ini, siasatan berskala besar seperti itu memberi kesan kepada persepsi pelabur serta sentimen pasaran terhadap sesebuah syarikat tersenarai.
Di Bursa Malaysia, saham IJM ditutup pada RM2.57 pada Khamis, memberikan kumpulan itu nilai pasaran sekitar RM9.37 bilion.
UK & Kos Jangka Panjang beri tekanan kepada IJM
Dalam penjelasan kepada pelabur, IJM turut mengakui bahawa prestasi jangka pendeknya dipengaruhi oleh beberapa faktor kos yang semakin meningkat, khususnya berkaitan aset pelaburan jangka panjang di Malaysia dan United Kingdom. Antaranya termasuk kos “nurturing” yang lebih tinggi bagi projek yang masih dalam fasa pembangunan serta perbelanjaan pembangunan melalui usaha sama dengan Network Rail di UK.
Pada masa yang sama, sentimen pengguna yang lebih lemah dalam sektor hartanah turut memberi tekanan kepada prestasi divisyen tersebut. Semua faktor ini secara langsung menjejaskan margin keuntungan dalam tempoh terdekat.
Namun apabila keadaan ini digabungkan dengan kerugian forex yang luar biasa besar, divisyen hartanah yang bertukar daripada untung kepada rugi, ketidaktentuan korporat serta cadangan pengambilalihan syarikat, situasi yang dihadapi IJM kini dilihat jauh lebih kompleks daripada sekadar kelembapan biasa dalam kitaran pasaran.
Namun dengan teruknya IJM sekarang Pengerusinya Tan Sri Krishnan Tan tetap tidak mahu meletak jawatan walaupun semua ini masalah peribadinya. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah para pegawai eksekutifnya yang tidak bersalah dibekukan akaun.
