Nampaknya satu persatu usaha Mafia Korporat Victor Chin Boon Long menghancurkan NexG Berhad semakin jelas. Sehingga ke hari ini Victor Chin Boon Long kekal melarikan diri ke luar negara susulan siasatan terhadap orang kanannya Francis Leong See Wui dan isteri keduanya Lim Siew Ping.
Faktanya seperti laporan di atas NexG Bhd kini dikuasai oleh Mafia Korporat Victor Chin Boon Long bersama semua entiti syarikatnya sebelum ini. Beliau memperalatkan Tan Sri Mohd Khairul Adib bekas KSU/KP KPPA sebagai Pengerusi NexG Bhd dan pemegang saham utama NexG Bhd. Sejak bila bekas KSU sekaya itu? mempunyai saham berjuta dan wang berjuta jika bukan Victor Chin Boon Long di belakangnya.
Kini Victor Chin Boon Long berdepan dengan perangkap korporat kerana menipu Pengerusi MMAG Holdings Berhad Datuk Seri Farhash Wafa Salvador. Tan Sri Mohd Khairul Adib dan beberapa pengikut Victor Chin Boon Long terpaksa meletak jawatan namun masih menjadi pemegang saham terbesar NexG Bhd.


Satu demi satu syarikat yang disentuh Victor Chin Boon Long — daripada Classita Holdings, Revenue Group hingga Hong Seng Consolidated — berakhir dengan pola sama: munculnya anak syarikat baharu yang berlesen sebagai pemberi pinjaman wang (moneylending). Kini, corak itu menjangkiti NexG Berhad (dahulu Datasonic Group Bhd) — sebuah syarikat teknologi keselamatan kerajaan yang sepatutnya menumpukan kepada sistem MyKad dan e-Identiti nasional.
Namun sejak kehadiran Victor Chin, NexG bukan lagi sekadar pengeluar cip identiti — ia kini memiliki lesen ahlong sah di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Bagaimana NexG melakukannya?
Pertama: Penubuhan MMR Capital — Lesen Ahlong Bertopeng Korporat
Menurut dokumen rasmi syarikat MMR Capital Sdn Bhd diperbadankan pada 13 Januari 2023 dengan aktiviti utama ‘Financial Leasing, Financial Consultancy Services, dan Licensed Money Lending Activities.’ Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh NexG Asset Sdn Bhd, yang dikawal sepenuhnya oleh NexG Berhad.

Kedua-dua syarikat ini — NexG Asset dan MMR Capital — diketuai oleh dua individu rapat Victor Chin; Erna bt Ismail (Pengarah NexG & MMR Capital) dan Ang Pei Gaik (CFO NexG, bekas pegawai kanan Victor Chin semasa bekas Ketua Pengawai Kewangan Tejari Technologies Bhd.

Penyata kewangan NexG Berhad bagi suku kedua 2025 menunjukkan bahawa sebanyak RM96.57 juta pinjaman korporat dan RM2.46 juta pinjaman individu disalurkan melalui MMR Capital. Ini bermakna lebih RM99 juta dana korporat telah dikeluarkan atas nama pinjaman tanpa klasifikasi sebagai related party transaction.
Pengiraan awal terhadap transaksi tersebut, yang didedahkan kepada orang ramai, menunjukkan berlaku aliran keluar RM293 juta tunai daripada NexG. Sehingga akhir Jun, baki tunai dan deposit bank merosot kepada RM37.42 juta daripada RM73.19 juta tiga bulan sebelumnya.
Modus operandi ini bukan baharu — Victor Chin telah melaksanakannya dalam beberapa syarikat lain sebelum menguasai NexG Berhad. Sebagai contoh, Revenue Group Berhad memiliki anak syarikat Revenue Harvest Sdn Bhd yang berlesen rasmi sebagai pemberi pinjaman wang (licensed moneylender) sejak 2020.
Begitu juga Hong Seng Consolidated Berhad, yang menubuhkan HS Credit Sdn Bhd tidak lama selepas Victor Chin memperolehi pengaruh melalui proksi seperti Francis Leong See Wui dan Chan Swee Ying. Kedua-dua syarikat pinjaman wang ini berfungsi sebagai ‘template’ awal bagi strategi Victor Chin: gunakan lesen moneylending untuk menyalurkan dana korporat kepada pihak luar atau entiti proksi, wujudkan transaksi pinjaman sah di atas kertas, tetapi sebenarnya untuk pusingan tunai intra-group, kemudian replikakan struktur sama di syarikat baharu — seperti MMR Capital Sdn Bhd di bawah NexG Berhad pada 2023.
Bukti Hubungan Silang dan Kawalan Terselindung

Daripada semakan Datuk Ab. Hamid bin Mohamad Hanipah, pengarah NexG Berhad, juga merupakan pemegang saham Velocity Capital Sdn Bhd, anak syarikat kepada Velocity Capital Partners Berhad yang dikaitkan dengan Victor Chin dan Dato’ Fam Chee Way. Anak beliau, Anwar bin Ab. Hamid, memegang Trendtrove Tradin Sdn Bhd, yang memiliki saham NexG melalui akaun cagaran Velocity Capital. Ini menunjukkan kawalan saham dilakukan melalui proksi keluarga dan entiti pelaburan sah.

Velocity Capital Partner Bhd atau dulu CSH Alliance Bhd dikuasai Victor Chin kini dikuasai penuh oleh antara Underworld Ali Baba Malaysia iaitu Dato’ Fam Chee Way atau Dato’ Ben antara penyeludup terbesar negara. Buat carian semua akan tahu siapa Dato’ Ben.

Disini juga menjelaskan mengapa Datuk Abu Hanifah patuh dan taat setia kepada Victor Chin kerana semuanya melalui Datuk Ab. Hamid bin Mohamad Hanipah. Datuk Abu Hanifah Noordin pengasas Datasonic (NexG) hanya diperdaya oleh Victor Chin Boon Long.
Topeng ‘Diversifikasi Kewangan’
Dalam laporan tahunan, NexG menjelaskan langkah ini sebagai ‘strategi diversifikasi pendapatan bukan teras’. Namun realitinya, aktiviti ini memindahkan hampir RM293 juta aliran tunai keluar daripada akaun induk NexG ke entiti tidak tersenarai — tanpa kawalan audit awam. Tapi itulah cara Victor Chin Boon Long memerah dana-dana syarikat dikuasainya.

Corak Sama, Jenama Berbeza
Corak Victor Chin sudah terlalu jelas: kuasai syarikat tersenarai, tubuhkan entiti moneylending, salurkan dana keluar atas nama pinjaman sah, gunakan proksi pelaburan untuk mengawal saham cagaran, dan ulangi kitaran di syarikat baharu. Revenue Harvest dan HS Credit ialah prototaip kepada MMR Capital — semuanya alat bagi Victor Chin mengubah syarikat sah menjadi empayar pinjaman wang berlesen.
Apa akan terjadi kepada NexG Bhd selepas ini?
Selepas peletakan jawatan Tan Sri Adib sebagai Pengerusi kini beberapa lembaga pengarah baru kontroversi dilantik seperti Kunal Tayal ketua pegawai kewangan Bestinet Sdn Bhd, pengarah bukan eksekutif G3 Global Berhad yang dikuasai oleh Dato’ Sri Aminul Islam ‘ Dato’ Bangla yang terkenal dengan ejen pekerja asing apabila Bestinet memonopoli agen pekerja asing di negara ini. Kunal dan Bestinet juga kini menguasai Green Packet sebuah syarikat ICT yang dulu dikuasai Victor Chin Boon Long. Kita akan bahaskan lebih terperinci.
