
KUALA LUMPUR – Nama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, sekali lagi tercalar dengan insiden memalukan di peringkat antarabangsa apabila beliau dilihat mengambil bahagian dalam sambutan “mandi champagne” di Grand Prix Formula 1 Singapura. Walaupun beliau mendakwa tidak meneguk minuman keras, keterlibatan seorang pemimpin Muslim dalam adegan sebegitu cukup untuk mengundang kecaman dan menyinggung sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Lebih parah, permohonan maafnya dilihat sebagai langkah “damage control” yang datang terlalu lewat selepas insiden tersebar luas di media sosial. Kritikan bertali arus membanjiri ruang awam, termasuk daripada Armada Pemuda Bersatu yang menegaskan tindakan itu tidak boleh dimaafkan kerana memalukan imej negara serta syarikat minyak kebanggaan Malaysia.
Rekod Kontroversi Sebelum Ini
Insiden ini bukanlah kali pertama Tengku Taufik dibelenggu kontroversi sejak dilantik menerajui Petronas ketika era sejak pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin. ‘Kabel’ besar dan sukar membuangnya walaupun tiga perdana menteri.
Rasuah Petrofac & Siasatan SPRM
Nama Petronas dan Tengku Taufik dikaitkan dengan skandal rasuah Petrofac yang melibatkan syarikat kroni. Walaupun siasatan SPRM masih berjalan, reputasi Petronas terus tercalar di mata pelabur antarabangsa.
Kalah Saman Paten Kingtime
Baru-baru ini, Petronas tewas dalam saman paten yang difailkan oleh Kingtime. Kekalahan ini bukan sahaja memberi tamparan kepada maruah syarikat, malah membuka ruang kepada kerugian besar akibat kelemahan pengurusan undang-undang di bawah kepimpinan beliau
Kegagalan Kewangan & Penjualan Aset
Sejak menerajui Petronas, Tengku Taufik terpaksa menjual aset strategik dan melaporkan kerugian besar. Ramai pihak menyoal keupayaannya menguruskan syarikat minyak negara dalam era transisi tenaga, di saat pesaing serantau berjaya mengekalkan keuntungan.
Pembuangan 5,000 Pekerja
Ironinya, ketika ribuan pekerja bawahan dibuang kerja atas alasan penstrukturan, CEO-nya pula mampu bersuka-ria meraikan kemenangan pasukan F1 dengan “mandi arak”. Kontradiksi ini membuktikan wujud jurang besar antara kepimpinan tertinggi dengan nasib pekerja biasa
Imej CEO Islam Dipersoal
Tengku Taufik mungkin cuba meredakan keadaan dengan menyatakan beliau tidak meneguk arak. Namun, hakikatnya beliau tetap berdiri di pentas antarabangsa, beraksi bersama simbol minuman keras – sesuatu yang jelas bercanggah dengan prinsip syariah dan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia.

Seorang CEO Muslim sepatutnya menjadi teladan, bukan menambah luka pada imej korporat negara yang sudah sedia terpalit dengan pelbagai isu integriti.
Masa Depan Petronas di Bawah Kepimpinan Lemah?
Petronas ialah syarikat minyak nasional yang menjadi tulang belakang ekonomi negara. Namun di bawah kepimpinan Tengku Taufik, terlalu banyak skandal, kerugian, dan salah langkah yang berlaku. Kini, dengan insiden “mandi arak” yang menjejaskan reputasi di peringkat antarabangsa, ramai pihak berpendapat sudah tiba masanya kerajaan menilai semula kedudukan beliau.
Apakah Malaysia mahu terus mempertaruhkan syarikat minyak negara yang bernilai berbilion ringgit di bawah seorang CEO yang penuh kontroversi – daripada rasuah, kegagalan undang-undang, kerugian aset, pembuangan pekerja, hinggalah kepada tindakan tidak sensitif terhadap agama dan budaya?
Jawapan itu kini terletak di tangan kerajaan dan Lembaga Pengarah Petronas.