
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa Timbalan Pendakwa Raya (TPR) masih belum membuat keputusan sama ada untuk mendakwa mana-mana pihak berhubung pelucutan hak wang tunai lebih RM169 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan bekas Setiausaha Politiknya, Dato’ Mohammad Anuar Mohd Yunus.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata siasatan pihaknya telah selesai, namun keputusan untuk mendakwa atau tidak sepenuhnya terletak di tangan TPR.
“Pihak Timbalan Pendakwa Raya belum lagi membuat keputusan untuk menuduh mana-mana pihak dalam kes ini. SPRM hanya menjalankan siasatan, manakala TPR adalah badan bebas yang menilai bukti,” katanya pada sidang media di Putrajaya.
Tidak Dicabar, Wang Diserah Kepada Kerajaan
Dalam prosiding di Mahkamah Sesyen baru-baru ini, TPR SPRM, Mahadi Abdul Jumaat, memaklumkan bahawa Ismail Sabri dan Mohammad Anuar melalui peguam masing-masing telah menghantar surat kepada mahkamah bertarikh 28 Ogos lalu untuk menyatakan bahawa mereka tidak berhasrat mencabar permohonan pelucutan hak tersebut.

Keputusan itu bermakna lebih RM169 juta yang disita SPRM kini secara rasmi menjadi milik kerajaan.
“Proses untuk memasukkan wang itu ke dalam consolidated fund (dana yang disatukan) kerajaan telah dimulakan dan akan dikreditkan dalam tempoh terdekat,” jelas Azam.
Misteri RM170 Juta: Kenapa Tidak Dituntut?
Isu ini menimbulkan persoalan awam kerana wang tunai yang dianggarkan lebih RM170 juta ditemui di kediaman Mohammad Anuar, bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ke-9. Ketika penemuan dibuat, beberapa pegawai kanan yang pernah berkhidmat dengan Ismail Sabri turut ditahan untuk membantu siasatan.
Namun yang menjadi tanda tanya, baik Ismail Sabri mahupun Mohammad Anuar tidak pernah menuntut semula wang itu atau mencabar kesahihan sitaan SPRM.
Apakah mereka tidak mampu untuk menyatakan sumber dana haram yang dirampas ketika Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri?
Keputusan menyerahkan begitu sahaja wang bernilai ratusan juta ringgit kepada kerajaan tanpa pertikaian menimbulkan pelbagai spekulasi – adakah kerana sumber wang itu sukar dijelaskan, atau ada pertimbangan politik dan undang-undang tertentu di sebaliknya?
Pada 7 Julai lalu, SPRM memfailkan permohonan untuk melucut hak wang tunai RM169 juta yang disita daripada kediaman Mohammad Anuar, dipercayai berkaitan dengan Ismail Sabri, agar diserahkan kepada kerajaan Malaysia.
Sehingga kini, TPR masih menilai sama ada terdapat asas kukuh untuk mendakwa mana-mana individu, manakala SPRM menegaskan pihaknya telah melengkapkan siasatan.
Sepatutnya jika wang dirampas dari kediaman Mohammad Anuar, bekas Setiausaha Politik Ismail Sabri, maka dia sepatutnya didakwa dahulu jika Ismail Sabri tidak mengaku wang yang dirampas
