
KUALA LUMPUR, 26 Sept – Hextar Capital Bhd (Dulu Opcom Holdings Bhd) meneruskan langkah memperkukuh pegangan dalam Binasat Communications Bhd dengan membeli tambahan 3.19 peratus kepentingan, sekali gus meningkatkan jumlah ekuitinya kepada 25.73 peratus.
Menurut pemakluman kepada Bursa Malaysia semalam, Hextar Capital memperoleh 19.25 juta saham Binasat pada harga 21 sen sesaham, bernilai RM4.04 juta, daripada Cosmopolitan Avenue Sdn Bhd, Por Teong Eng dan Lim Yao Ying.
Cosmopolitan Avenue dimiliki oleh Datuk Ng Yee Teck dan Datuk Cheah Joi Yong melalui syarikat kenderaan pelaburan mereka, Mammoth Empire Holdings Sdn Bhd. Hextar Capital menegaskan bahawa Por dan Lim tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat itu.
Harga belian 21 sen sesaham tersebut adalah 75 peratus lebih tinggi daripada purata harga pasaran wajaran volum lima hari saham Binasat sehingga 11 September lalu iaitu 12 sen.
Pembelian ini dilakukan melalui anak syarikat milik penuh Hextar Capital, Opcom VC Sdn Bhd. Pada Jun lalu, Opcom VC turut membeli 6.62 peratus kepentingan dalam Binasat daripada Cosmopolitan Avenue pada harga sama.
Opcom VC terlibat dalam perkhidmatan pengurusan projek termasuk pembekalan kabel, perkakasan, aksesori, konsultasi kejuruteraan, perisian teknologi maklumat serta pengurusan perkhidmatan.
“Lembaga berpendapat pelaburan dalam Binasat akan memberi kesan positif kepada pendapatan Hextar Capital pada masa hadapan kerana ia boleh memanfaatkan Binasat sebagai platform berasingan untuk mempercepatkan pengembangan dalam sektor telekomunikasi serta mengukuhkan kedudukan kumpulan dalam bidaan kontrak baharu,” kata Hextar Capital.
Dengan transaksi ini, Hextar Capital kini muncul sebagai pemegang saham terbesar Binasat melalui Opcom VC. Pemegang saham utama lain termasuk Na Bon Tiam dengan 9.09 peratus dan Mohd Solehuddin Yahya sebanyak 5.79 peratus.
Pengambilalihan itu dijangka selesai menjelang suku keempat tahun ini.
Saham Hextar Capital ditutup naik satu sen atau 4.55 peratus kepada 23 sen, menjadikan nilai pasaran syarikat sebanyak RM133.64 juta. Sementara itu, saham Binasat kekal tidak berubah pada 12 sen dengan modal pasaran RM72.51 juta.
Hextar Capital Berhad dikuasai oleh Datuk Eddie Ong Choo Meng satu dari rangkaian Hextar Group. Selain Binasat Communications Bhd Datuk Eddie Ong Choo Meng juga menguasai syarikat lain seperti berikut;
