
19 September 2025 – Kebenaran Terbukti di Mahkamah
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam memutuskan Petronas Carigali Sdn Bhd kalah dalam rayuan pelanggaran paten terhadap Kingtime International Ltd. Keputusan sebulat suara panel hakim diketuai Yang Arif Lee Swee Seng itu:
- Mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2023.
- Menolak saman balas Petronas Carigali untuk membatalkan kesahan paten Kingtime.
- Memerintahkan Petronas Carigali membayar kos RM950,000 kepada Kingtime dan memulangkan semula RM800,000 yang pernah dituntut.
- Mengembalikan kes ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi — nilai yang dianggarkan boleh mencecah RM1 bilion atau lebih (jika mengikut tuntutan asal Kingtime)
Hakim Faizah Jamaludin menegaskan bahawa Petrofac, pengeluar unit MOPU untuk medan minyak Sepat, telah pun dihukum melanggar paten Kingtime pada 2018. Maka, Petronas Carigali sebagai pihak berkontrak dengan Petrofac, terikat secara langsung dengan penghakiman itu.
Kronologi Pendedahan: semuanya bermula dari dari Mei 2023 hingga ke Hari Ini
7 Mei 2023- Pendedahan Awal
Skandal rasuah di Petronas lebih ketara selepas pelantikan YM Tan Sri Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mulai 1 Julai 2020 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri ke 8. Muhyiddin menggunakan Tengku Muhammad Taufik bekas Ketua Pegawai Kewangan PETRONAS menyingkirkan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin CEO sebelum itu.
Tengku Taufik melantik syarikat mengaku bersalah oleh agensi rasuah UK -Serious Fraud Office pada tahun Oktober 2021. Petrofac disekat di Emiriah Arab Bersatu selepas bekas eksekutif pembekal perkhidmatan medan minyak mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah di Britain. Namun Tengku Taufik memilih Petrofac.
21 Mei 2023 – Tengku Taufik melacurkan polisi rasuah Petronas selepas lantik syarikat perasuah Petrofac
The Corporate Secret membongkar lagi skandal rasuah “Big Ben” yang mengaitkan Tengku Muhammad Taufik dengan syarikat perasuah antarabangsa Petrofac. Projek RM399 juta loji gas darat baharu di Sarawak yang dianugerahkan kepada Petrofac menjadi tanda tanya besar, kerana syarikat itu sudah dihukum atas kes rasuah di UAE oleh Serious Fraud Office (SFO) UK.
Serious Fraud Office (SFO) mengesahkan kes rasuah Petropac pada tahun Oktober 2021 tetapi Tengku Muhammad Taufik CEO Petronas pula memberikan kontrak kepada syarikat yang melakukan rasuah di 14 buah negara ini dengan jumlah kontrak USD 96 juta (RM399 Juta) bagi membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak. Petropac mengumumkannya pada 8 dan 9 Nov 2021.


BACA
24–28 Mei 2023 – SPRM Sahkan buka kerta siasatan kes rasuah Petronas
SPRM mengesahkan telah menerima aduan rasmi dan membuka kertas siasatan. Namun lebih mengejutkan, siasatan mendedahkan kelemahan proses tender PETRONAS. Mengapa syarikat perasuah, malah pernah kalah kes pelanggaran paten Kingtime International Ltd, terus diberi projek?

2 Jun 2023 – PM Arah Siasatan
Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan siasatan penuh. Spekulasi bertiup kencang bahawa Tengku Taufik bakal ditukar kerana gagal menjawab persoalan asas mengenai pemilihan Petrofac. Namun Tengku Taufik mempunyai ‘kabel’ besar mempertahankan kedudukannya. BACA
8 Jun 2023 – Soal Indemniti USD154 Juta
Pendedahan berikutnya lebih membakar: Mengapa CEO Petronas tidak menggunakan klausa indemniti untuk merampas USD154 juta (≈RM700 juta) daripada Petrofac selepas syarikat itu kalah kes paten Kingtime? Sebaliknya, PETRONAS memilih untuk menanggung sendiri kerugian yang kini menjangkau RM1 bilion atau lebih. BACA
Dua pelanggaran paten milik Kingtime International Ltd oleh Petronas dan Petrofac yang telah kalah di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan namun Petronas telah menganugerahkan kontrak EPCIC ( Engineering, Procurement, Construction, Installation & Commissioning) bernilai USD250 juta kepada Petrofac untuk membekalkan dan menghantar sebuah MOPU, struktur sokongan “wellhead” yang boleh dikeluarkan, dan kapal Penyimpanan dan Penumpahan Terapung bagi medan Sepat.


Didapati MOPU dan WHSS yang dibekalkan itu didapati melanggar hakcipta milik milik Kingtime International Ltd, dan bolehlah dikatakan ianya bernilai 55 % daripada nilai kontrak keseluruhan.
Indemniti ataupun gantirugi yang harus dibayar kepada pemunya hak paten adalah bernilai USD154 juta (≈RM700 juta) iaitu 55% daripada USD 280 juta. Dalam bahasa mudah, Petronas membayar kembali nilai yang sepatutnya dibayar kepada pemegang paten kerana menggunakan hak paten mereka.

Persoalannya mengapa Petronas di bawah Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden CEO & Petronas tak guna hak indemniti rampas atau ambil balik USD154 juta ini daripada Petrofac? Apakah Tengku Taufik sayang kepada Petrofac atau telah menerima rasuah daripada Petrofac sehingga tidak sanggup menggunakan hak Indemnitinya. Petronas sanggup bayar RM1 bilion demi Petrofac!

Julai–Ogos 2023 – Serangan Balas Tengku Taufik Petronas
Berang dengan pendedahan, Tengku Taufik bertindak menyaman The Corporate Secret menggunakan peguam pro-PN — satu langkah politik untuk menutup mulut pengkritik. BACA
Tengku Taufik Presiden Petronas sanggup mengupah firma guaman Moideen & Max Advocates and Solicitors dimiliki Muhammad Faisal Moideen and Maximilian Tai. Peguam Faisal Moideen itu hari-hari membalun Kerajaan Perpaduan, PMX Anwar Ibrahim, menteri-menteri kabinet dan dasarnya. Peguam macam ini dibayar Presiden Petronas untuk mempertahankannya.

Namun laporan terus mengaitkan PETRONAS dengan risiko “dimalukan berbilion ringgit” apabila Kingtime membuat rayuan di mahkamah. BACA
29 Ogos 2023 – Hakim Berkepentingan?
The Corporate Secret mendedahkan isu hakim yang pernah menerima projek daripada PETRONAS tetapi membuat keputusan kes Kingtime vs PETRONAS. Ini menimbulkan persoalan integriti sistem kehakiman. Petronas menang dengan kepalsuan. BACA
Nov 2023 – Jun 2024 – Kejatuhan Kewangan Petronas
PETRONAS umum untung bersih merosot daripada RM23.9b → RM21.3b. Laporan menegaskan kepimpinan Tengku Taufik gagal menguruskan syarikat.

Jun 2025 – Petronas makin teruk dibawah Tengku Taufik- Jual aset dan buang pekerja
PETRONAS umum rancangan menjual aset dan membuang 5,000 pekerja, bukti kegagalan strategi CEO. Petronas di bawahnya juga menjual beberapa aset strategik termasuk loji dan kepentingan dalam syarikat asing sebagai langkah menjana tunai. Langkah ini dikritik kerana menunjukkan kekangan kewangan jangka panjang dan strategi pelaburan yang lemah. Sejak beliau menjadi CEO Petronas bermula 2020 kerjanya hanya menjual aset Petronas dari menambahkan aset.
Tengku Taufik merupakan CEO Petronas pertama yang terus memegang jawatan melintasi tiga pentadbiran PM berbeza. Tan Sri Muhyiddin (Mac 2020 – Ogos 2021), Dato’ Sri Ismail Sabri (Ogos 2021 – November 2022) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Sejak November 2022 – kini).

BACA
Dapatan kes skandal Petronas-Petrofac
- Kerugian Rakyat– Keputusan Mahkamah Rayuan sahkan: PETRONAS bukan sahaja melanggar paten, malah kini berdepan risiko membayar pampasan berbilion ringgit kepada Kingtime.
- Melindungi Petrofac
Soalan terbesar: mengapa Tengku Taufik rela mengorbankan duit rakyat untuk melindungi Petrofac — syarikat perasuah antarabangsa yang sudah disabit kesalahan rasuah dan pencuri paten? - Kegagalan Kepimpinan
Dari imej “profesional bersih” kepada simbol kegagalan korporat. Keuntungan merudum, pekerja menjadi mangsa, aset dijual demi menampung kerugian.
Kesimpulannya pendedahan The Corporate Secret sejak Mei 2023 kini terbukti benar di Mahkamah Rayuan.
- Skandal Big Ben Petronas- Petrofac bukan fitnah.
- PETRONAS rugi RM1 bilion demi melindungi Petrofac.
- SPRM wajib buka semula siasatan terhadap Tengku Muhammad Taufik
Petronas bukan saja jual aset dan buang 5000 pekerjanya yang juga rakyat tempatan tetapi buang juga duit RM1 bilion buat Kingtime International Ltd demi menyelamatkan Petrofac bayar saman. Apa sebenarnya dalam kepala Tengku Taufik Presiden /CEO Petronas?