Isu mafia korporat Victor Chin Boon Long yang dibongkar sejak 2023 kini meletus besar selepas pendedahan semula Bloomberg. Victor Chin dan sekutunya sedang bergelut menjawab kejahatan yang mereka lakukan selama ini. Victor juga kali pertama kalah kepada kumpulan ‘Mr R’ yang mereka bawa untuk sama-sama merampas syarikat orang lain namun mereka sendiri diperlakukan demikian. Sebelum ini Victor Chin menggunakan pegawai Wong Yun Fui Timbalan Pengarah Siasatan SPRM untuk melaksanakan misi mereka. Ramai yang disiasat, direman dan didakwa di mahkamah.
Victor Chin bulan mac ini muncul beberapa kali menjelaskan dirinya bukan mafia korporat dan mendedahkan sendiri perbuatan jahatnya sebelum ini malah mengaku membayar rasuah RM10 juta kepada ahli parlimen PKR untuk menyelesaikan masalah mafia korporat dalam NexG Bhd. Perebutan kuasa korporat dalam NexG telah memusnahkan Victor Chin selepas semua akaun bank dan rakan-rakannya dibeku AMLA PDRM melebihi 90 hari. Hanya pada 10 Mac MMAG mengumumkan kepada Bursa Malaysia. Victor mengadu ramai terseksa dan menderita. Beliau menukar naratif sebagai ‘play victim’ dalam isu mafia korporat wal hal beliaulah punca semuanya berlaku.
Victor Chin sedar kesilapannya membuat pengakuan terbuka bayar rasuah dan terpaksa ‘U-Turn’ nafi bayar rasuah. Yuran perkhidmatan katanya bukan rasuah! Apa beza Victor Chin dengan taikun mineral Datuk Albert Tei yang didakwa mengaku bayar rasuah yang akhirnya didakwa di mahkamah?
Kes mahkamah Revenue Group Bhd dan Mjets International – MMAG Holdings
Bulan April ini bakal menjadi medan pendedahan besar apabila dua kes mahkamah berprofil tinggi dijangka membuka sisi gelap rangkaian “mafia korporat” dikaitkan dengan Victor Chin Boon Long dan sekutunya. Kebenaran sebagaimana apa yang dibongkar dalam Bloomberg akan lebih terserlah.
KES PERTAMA yang mencuri perhatian dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 7 April, melibatkan kes bekas pengasas Revenue Group Bhd, Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang Yang dibicarakan di mahkamah dengan pertuduhan remeh kes kereta Vellfire. Mereka berdepan tekanan berterusan disiasat, diserbu, reman dan akaun dibeku SPRM malah diugut didakwa ke mahkamah jika tidak membuat pengakuan atau menyerahkan saham Revenue Group.
Dalam prosiding kali ini dilaporkan Datuk Eddie Ng Chee Siong, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Group yang bersekongkol dengan mafia korporat orang kanan Victor Chin- Francis Leong Seng Wui dijangka tampil sebagai saksi utama. Turut dipanggil Pengerusi AC, Steven Ng Chee Kiong dalang bersama terlibat dalam mafia korporat.

Perbicaraan kali ini pasti akan memalukan mereka dengan bukti-bukti jelas ugutan yang dikemukakan kepada mahkamah. Media pasti akan membuat liputan bagaimana kejahatan mafia korporat Victor Chin dibuat. Rakyat Malaysia mahu tahu selepas pengakuan RM9.5 juta pembayar rasuah dalam NexG oleh Victor Chin yang kontroversi. Gambar-gambar Datuk Eddie Ng Chee Siong dan Steven Ng Chee Keong pasti menghiasi media perdana .
Tidak sedikit laporan The Corporate Secret mengenai rampasan mafia korporat Victor Chin Boon Long sehingga kes itu dibicarakan di mahkamah.
26 Februari 2023;
9 Mac 2023;
14 Mac 2023;
23 Mac 2023;
KES KEDUA: Selain itu satu lagi kes mahkamah yang difailkan oleh Gunasekar a/l Mariappan dan Philip Phang Kin Ming bekas pemilik MJets International Sdn Bhd terhadap mafia korporat Victor Chin Dan 8 Defenden lain akan dibicarakan pada 13/04 hingga 30/04/2026.
Tarikh bicara yang ditetapkan ialah 13, 14, 15, 16, 20, 21, 22, 23, 27, 28, 29 dan 30 April 2026. Victor Chin kena hadir mahkamah sekurang kurangnya mulai 21/04/2026. Persoalannya Apakah Victor Chin Boon Long akan hadir atau tidak? memandangkan beliau kini lari ke luar negara. Media pasti amat suka dengan kehadiran Victor Chin ke mahkamah.
Kes Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming merupakan satu dari kisah mangsa Mafia Korporat sebagaimana pengakuan dan kenyataan media Victor Chin Boon Long mengenai Mjets International- MMAG Holding Bhd.
Dua kes perbicaraan melibatkan Victor Chin Boon Long bulan April ini akan menunjukkan lagi betapa jahatnya mafia korporat Victor Chin Boon Long.
Saman Gunasekkar & Philip: “Ini Bukti Rampasan MJets oleh Rangkaian Korporat Victor Chin”
Gunasekar a/l Mariappan dan Philip Phang Kin Ming, tampil dengan dakwaan serius bahawa syarikat yang mereka bangunkan, MJets International Sdn Bhd, telah menjadi sasaran satu operasi tersusun dirampas oleh rangkaian korporat yang dikuasai oleh Victor Chin Boon Long.
Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Gunasekar a/l Mariappan dan Philip Phang Kin Ming sebagai plaintif mendakwa mereka bukan sekadar pelabur biasa, tetapi merupakan pengasas kepada penubuhan dan pembangunan MJets, khususnya dalam sektor logistik udara dan kargo. Mereka mendakwa telah membawa idea, kepakaran serta struktur operasi bagi menjadikan MJets sebagai pemain industri.
Menurut mereka, satu susunan perniagaan telah dirangka melibatkan kemasukan pelabur melalui entiti korporat, termasuk MMAG Holdings Berhad. Namun, plaintif mendakwa susunan ini pada awalnya bertujuan memperkukuh syarikat — bukan untuk menyingkirkan mereka daripada kawalan.
Mereka mendakwa bahawa selepas pelaburan dimuktamadkan, berlaku perubahan drastik dalam struktur kawalan syarikat. Mereka mendakwa Kumpulan mafia korporat Victor Chin mula campur tangan dalam pengurusan, sekali gus menjejaskan peranan mereka sebagai pihak yang sepatutnya mengendalikan operasi harian MJets.
Lebih serius, Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming mendakwa wujud konspirasi antara Victor Chin dan sekutunya untuk melemahkan kedudukan mereka. Mereka mendakwa tindakan ini dilakukan melalui keputusan korporat yang tidak memihak kepada mereka, serta pengasingan mereka daripada proses membuat keputusan strategik.
Selain itu, mereka turut mendakwa bahawa terdapat representasi yang mengelirukan diberikan sebelum dan semasa pelaburan, termasuk janji mengenai struktur pengurusan, pembahagian kuasa dan hala tuju syarikat. Mereka mendakwa janji-janji ini kemudiannya tidak dipatuhi.
Dakwaan turut menyentuh pelanggaran Perjanjian Usaha Sama (JVA) yang ditandatangani pada tahun 2020, di mana plaintif mendakwa terma-terma utama tidak dihormati oleh pihak defendan. Ini termasuk keputusan penting yang dibuat tanpa persetujuan mereka serta perubahan kepada struktur kawalan syarikat.
Dalam aspek tadbir urus, Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming menuduh Victor Chin dan sekutunya telah melanggar tanggungjawab fidusiari, dengan bertindak bukan demi kepentingan syarikat secara keseluruhan, tetapi untuk kepentingan pihak tertentu. Mereka mendakwa tindakan ini menyebabkan kerugian kewangan serta kehilangan peluang perniagaan.
Kesan daripada tindakan tersebut, Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming mendakwa mereka telah disingkirkan secara berperingkat daripada pengurusan MJets, sekali gus kehilangan kawalan terhadap syarikat yang mereka bangunkan. Mereka juga mendakwa mengalami kerugian jutaan ringgit termasuk pelaburan asal dan Potensi keuntungan masa depan.
Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming selaku Plaintif kini menuntut pelbagai bentuk relif termasuk deklarasi mahkamah, ganti rugi kewangan serta pampasan terhadap kehilangan peluang dan keuntungan.
Bagi mereka, kes ini bukan sekadar pertikaian komersial, tetapi satu contoh bagaimana struktur korporat boleh digunakan sebagai alat untuk mengambil alih syarikat secara sistematik daripada pengasas asalnya.
Victor Chin sebagai defendan Jawab: “Saya Bukan Dalang – Saya Hanya Broker, Dakwaan Ini Cubaan Ulang Kes Lama”
Dalam jawapan balasnya di Mahkamah Tinggi, ahli perniagaan Victor Chin Boon Long menolak sekeras-kerasnya semua dakwaan yang dibuat oleh Gunasekar dan Philip, sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan cuba mengelirukan fakta sebenar.
Menurut pembelaannya, Victor Chin menegaskan bahawa beliau bukan individu yang mengawal MMAG Holdings Berhad atau MJets International. Sebaliknya, beliau hanya bertindak sebagai broker perniagaan yang membantu menghubungkan pihak-pihak dalam cadangan pelaburan.
Beliau menuduh bahawa sebenarnya, Gunasekar dan Philip sendiri yang mendekatinya untuk mencari pelabur bagi mengambil alih MJets daripada pemilik terdahulu. Dalam konteks itu, peranannya hanyalah sebagai penyelaras dalam rundingan dan bukan sebagai pihak yang membuat keputusan atau mengawal syarikat.
Victor Chin turut menafikan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk mewakili atau mengikat MMAG dalam sebarang keputusan. Malah, beliau menegaskan bahawa MMAG dan pengarah-pengarahnya tidak pernah mengambil arahan daripadanya, sekali gus menolak dakwaan bahawa beliau adalah “dalang” di sebalik struktur korporat tersebut.
Dalam pembelaannya, beliau juga menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai kepentingan tersembunyi dalam pegangan saham MMAG melalui pihak lain. Beliau menegaskan bahawa pegangan saham individu lain adalah milik mereka sendiri dan bukan proksi bagi pihaknya.
Lebih penting, Victor Chin membangkitkan bahawa isu yang dibawa oleh Gunasekar dan Philip sebenarnya telah pun dibicarakan sebelum ini dalam satu tindakan mahkamah terdahulu (OS 678/2022), yang telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi. Oleh itu, beliau berhujah bahawa saman baharu ini merupakan cubaan untuk mengulangi litigasi terhadap isu yang sama.
Beliau juga menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan MJets dibuat oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan masing-masing, dan bukan di bawah kawalannya. Sebagai broker, beliau tidak terlibat dalam operasi harian syarikat atau pelaksanaan keputusan strategik.
Dalam naratif pembelaannya, Victor Chin turut menggambarkan bahawa konflik ini sebenarnya berpunca daripada ketidakserasian antara pelabur dan pengurusan, khususnya dalam isu pembiayaan dan hala tuju perniagaan MJets.
Sehubungan itu, beliau memohon agar mahkamah menolak tuntutan plaintif dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas serta menyalahgunakan proses mahkamah.
Jawapan Victor Chin bukti betapa putar belitnya dia sedangkan syarikat-syarikat yang dikuasainya jelas atas pegangan saham isterinya Chan Swee Ying dan proksi-proksi kanannnya seperti Francis Leong Seng Wui. Kenny Know Chuan Wah, Tan Sri Mohd Khairul Adib dan beberapa nama lagi.

Dalam satu kronologi kes NexG Bhd Victor Chin sendiri mendedahkan kejahatan, pengakuan rasuah dan bagaimana pembekuan akaun miliknya serta sekutunya menyusahkan keluarganya.
The Corporate Secret paling banyak laporkan skandal Mjets-MMAG Holdings Berhad oleh Victor Chin Boon Long dan sekutunya. Laporan polis dibuat selepas Mafia Korporat menggunakan pegawai SPRM Seksyen D untuk menekan mereka.

BACA ;
Victor Chin selama ini menggunakan isterinya Chan Swee Ying (Pemegang saham terbesar MMAG) dan proksinya seperti Kenny Khow Chuan Wah sebagai pengarah syarikat MMAG Holding dan Mjets International.

dibantu Kenny Khow Chuan Wah

dalam Mjets International Sdn Bhd – anak syarikat MMAG Holdings

Namun beliau lupa selepas merasa berkuasa dan sangat kebal beliau kembali muncul dalam MMAG Holdings Bhd sebagai Pengarah Eksekutif dan pemegang saham MMAG bersama isterinya.

Persoalannya bagai mana Victor Chin berkata dia tidak berkuasa dalam MMAG Holdings dan dalam anak syarikatnya Mjets International Sdn Bhd? Dia sendiri buktikan dia bos dalam MMAG Holdings Bhd. Dialah mastermind mafia korporat dalam banyak syarikat.
Begitulah apa dia buat dalam NexG Bhd dan NexG Bina Bhd (Classita).
