Tiba-tiba Pengerusi Sunway umum syarikat bersih rasuah.
Sunway Group membuat kejutan baharu mengumumkan kepada media “kami bersih”! Surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadikan peluru utama untuk menutup segala persoalan berkaitan siasatan melibatkan urus niaga dengan IJM Corporation Bhd.
Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Jeffrey Cheah, berkata surat rasmi daripada SPRM itu mengesahkan syarikatnya tidak terlibat dalam sebarang salah laku, sekali gus membersihkan nama Sunway daripada sebarang dakwaan rasuah.

Jeffrey Cheah bersama Lembaga pengarah Sunway dalam siding media menegaskan keyakinan penuh terhadap cadangan pengambilalihan IJM Corporation Bhd susulan pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.
SPRM sebelum ini membuka tiga kertas siasatan melibatkan transaksi luar negara bernilai sekitar RM2.5 bilion terhadap Pengerusi IJM Tan Sri Krishnan Tan, isu tadbir urus dan proses perolehan. Kini, tiba-tiba semuanya “selesai”. Tanpa pendedahan terperinci atau kenyataan media daripaa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Apa yang sebenarnya SPRM sembunyikan?
SPRM tidak mungkin boleh menutup secara mudah kes pengubahan wang haram RM2.5 bilion melibatkan Pengerusi IJM dan penasihat Syarikat Newfields Group, Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong termasuk siasatan agensi Serious Froud Officer UK (SFO) yang juga sedang berjalan. Sunway pula tidak mempunyai asas untuk mengumumkan siasatan kes ini. Sunway tidak boleh menggunakan siasatan SPRM terhadap IJM untuk mendesak pemegang saham menjual IJM kepadanya. Ini satu taktik kotor.

Ya semua tahu Sunway terus rakus — mereka tanpa malu mendesak pengambilalihan IJM. Tawaran premium 32% dijual sebagai “peluang keemasan” kepada pemegang saham. Lembaga pengarah tampil yakin, menyebut rizab tunai lebih RM6 bilion dan rekod prestasi 387% sebagai bukti kekuatan.
Sunway menggunakan naratif “tidak guna dana IJM” diulang berkali-kali. Persoalannya — jika semuanya begitu kukuh, mengapa perlu begitu agresif mendapatkan IJM sekarang?
Adakah ini benar-benar soal nilai, atau peluang strategik ketika ketidaktentuan masih menyelubungi IJM Corp sekarang?
Pelabur kini diletakkan dalam dilema: ambil tunai segera atau kekal dalam struktur yang tidak pasti. Tetapi hakikat yang lebih besar jarang disebut — dalam kebanyakan pengambilalihan besar, pihak yang membeli jarang rugi. Yang menjual pula sering hanya diberi ilusi “premium”.
Sunway perlu mengambil alih IJM kerana banyak aset penting negara seperti konsesi tol dan Pelabuhan bawah IJM. Mereka sangat yakin Lembaga Pengarah KWSP, PNB, Tabuang Haji dan anak syarikat MOF yang korup akan menjual saham mereka melalui desakan menggunakan kuasa penasihat dari Tingkat 73 Menara Petronas- PMAC yang digembar-gembur dalam media sosial sekarang.
Akhirnya, isu sebenar bukan lagi sama ada Sunway “bersih” atau tidak. Isunya ialah ketelusan. Apabila siasatan bernilai berbilion ringgit boleh ditutup tanpa penjelasan menyeluruh, dan dalam masa sama satu pengambilalihan mega terus dipacu tanpa henti — maka wajar untuk dipersoalkan. Gesaan siasatan SPRM terhadap dalang kuasa Tingkat 73 Menara Petronas- PMAC sudah tentu sia-sia
Kabel Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Jeffrey Cheah tutup kes
Sikap Tan Sri Jeffrey Cheah mengumumkan Sunway tiada kes rasuah bukan Baharu. Menggunakan ‘kabel’ besarnya dari lantai istana hingga ke agensi menjadikan beliau kelihatan berkuasa sebagaimana kumpulan Mafia Korporat Victor Chin Boon Long yang popular sekarang atau sekumpulan syarikat senarai awam yang terlibat dalam skandal MBI- Teddy Teow.
Sunway berjaya mempergunakan SPRM untuk tidak mendakwa atau menangkap taikun seperti Tan Sri Jeffrey Cheah. Maklumlah siapa berani usik Sunway Group? Tapi jangan lupa jika rakyat viral apapun kabel akan runtuh.

Skandal Rasuah Pusat Data: RM7.5 Juta Ditemui di Rumah Pengurus SunCon, RM1 Juta Dibakar — Tetapi Hanya Dua Kontraktor Didakwa. Surat SPRM “Selamatkan” Sunway?
Skandal rasuah melibatkan projek pusat data bernilai lebih RM180 juta menimbulkan persoalan serius apabila hanya dua pengarah syarikat didakwa di mahkamah, sedangkan seorang pengurus projek Suncon yang dikaitkan dengan penemuan wang tunai RM 7.5 juta masih belum dihadapkan ke muka pengadilan.
Pada Julai 2025, Sunway Construction Group Bhd (SunCon) mengesahkan bahawa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang dijalankan terhadap seorang pengurus projeknya berhubung dakwaan penerimaan rasuah berkaitan perolehan sub-kontrak projek pusat data bernilai lebih RM180 juta di Johor.
SPRM mereman Chong Yih Lip (Pengurus), Poi Chee In, Yong Chun Jiat dan Tan Pui Lei


Penemuan RM7.5 Juta dan Cubaan bakar RM1 juta
Siasatan tersebut mendedahkan penemuan wang tunai berjumlah kira-kira RM7.5 juta di sebuah kediaman pengurus Suncon di Petaling Jaya. Turut ditemui ialah jongkong emas, jam tangan mewah dan pelbagai barangan kemas. Lebih mengejutkan, Chong Yih Lip dilaporkan cuba membakar hampir RM1 juta wang tunai sejurus sebelum serbuan dilakukan, sebagai usaha memusnahkan bukti.

Mengapa hanya dua pengarah didakwa tapi Chong Yih Lip Pengurus Suncon simpan RM7.5 juta terselamat?
Dua pengarah syarikat kontroktor Seow Kian Ang, 52, dan Yong Chun Jiat, 37 didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memberi suapan berjumlah lebih RM2.4 juta bagi mendapatkan tender berkaitan projek pusat.

Mengikut pertuduhan, Seow Kian Ang didakwa memberi suapan berjumlah RM1.352 juta melalui empat bayaran masing-masing RM338,000 kepada Chong Yih Lip melalui orang tengah berusia 38 tahun. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sekitar Bandar Sunway dan Ara Damansara antara 1 Ogos 2024 hingga 10 Julai 2025 sebagai ganjaran untuk membantu mendapatkan tender berkaitan sistem keselamatan melibatkan skop reka bentuk, pembekalan, pemasangan dan penyelenggaraan.
Sementara itu, Yong Chun Jiat pula didakwa atas enam pertuduhan memberi suapan berjumlah RM1.05 juta kepada individu sama di beberapa lokasi termasuk Bandar Sunway, Ara Damansara dan Temasya Square, Glenmarie antara 5 Ogos 2024 hingga 18 Mei 2025. Suapan tersebut didakwa sebagai upah untuk mendapatkan tender kerja elektrik voltan rendah bagi projek berkenaan. Kesemua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.
Misteri Chong Yih Lip
Bagaimana Tan Sri Jeffrey Cheah melakukannya? Tidakkah semua merasa pelik mengapa Chong Yih Lip penerima rasuah tidak didakwa di mahkamah? Alasannya adalah kerana SPRM melepaskannya dengan kompaun RM100,000. Tidakkah ini menimbulkan persoalan apabila individu yang rumahnya ditemui berjuta-juta ringgit RM7.5 juta dan terlibat cuba memusnahkan bukti akhirnya dibebaskan? Pada awalnya pengarah syarikat subkontraktor tersebut diklasifikasikan sebagai saksi namun kini penerima rasuah jadi saksi semata-mata membersihkan nama Sunway.
Bagaimana Timbalan Pendakwa Raya (DPP) SPRM melakukannya? Sunway Group dilaporkan membelanjakan sejumlah besar wang untuk mengubah keadaan supaya pengurus Suncon tidak didakwa. Mengapa Chong Yih Lip cuba diselamatkan?
Adakah untuk mendiamkannya kerana beliau mengetahui sesuatu? Semua musykil bagaimana seorang pengurus projek berusia 34 tahun boleh mempunyai kuasa besar untuk menganugerahkan kontrak dan menyimpan sejumlah wang yang besar di rumahnya?
Majikannya, Lim Vin Tze, mengurus pembayaran daripada pelanggan pusat data, dan Sunway Construction menyalurkan wang melalui beliau. Namun, Vin Tze tidak mahu terlibat hanya mengarahkan Chong Yih Lip melakukan kerja menyimpan wang di rumahnya.
Tiba-tiba satu surat SPRM membersihkan syarikat bahawa siasatan terhadap Sunway Construction bukan melibatkan syarikat Sunway tetapi hanya melibatkan kakitangannya berdasarkan aduan IPJ/RPT NO: 0408/2025. Ia sangat misteri seorang pengurus boleh anugerahkan projek bernilai lebih RM180 juta!
Tahniah Tan Sri Jeffrey Cheah anda punya kabel besar menutup kes!
