Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis mengesahkan bahawa siasatannya terhadap dakwaan skim pengubahan wang haram bernilai RM2.5 bilion yang melibatkan IJM Corporation Bhd telah menerima kerjasama daripada pihak berkuasa di United Kingdom.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan tersebut melibatkan kerjasama dengan Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom.
Beliau berkata, beberapa permintaan maklumat telah dikemukakan oleh pihak berkuasa UK, selaras dengan peranan SPRM sebagai agensi penguatkuasaan negara yang bertanggungjawab menyiasat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan jenayah kewangan.
“Apabila negara asing menjalankan siasatan, kita juga perlu memainkan peranan dan memberikan kerjasama. Isu ini diberikan perhatian sewajarnya,” katanya
Mengenai perkembangan siasatan, Azam berkata setakat ini tiada maklumat baharu diterima, namun siasatan masih diteruskan, termasuk memanggil Tan Sri Krishnan Tan Pengerusi dan CEO IJM untuk memberi keterangan kepada SPRM.
Beliau berkata, SPRM memerlukan sedikit masa memandangkan kes tersebut merupakan kes lama yang dipercayai berlaku pada tahun 2015 atau 2016.
“Banyak perkara perlu diperoleh, termasuk butiran khusus berkaitan kes ini sebelum tindakan lanjut dapat diambil,” katanya.
Sebelum ini, SFO dilaporkan telah melancarkan siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah melibatkan transaksi pelaburan bernilai berbilion ringgit yang dikaitkan dengan Tan Sri Krishnan Tan dan Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong. Mereka turut disiasat dakwaan manipulasi harga saham.
Pendedahan sebelum ini menunjukkan Tan Sri Krishnan Tan memiliki 38 akaun diluar negara dengan nilai wang RM90 juta dan Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong 12 akaun di luar negara dengan wang RM2.5bilion.

Sebelum ini kecoh cadangan penggabungan antara kedua-dua syarikat itu namun mendapat tentangan pelbagai pihak seperti Dewan Perniagaan Melayu dan Datuk Dr Akmal Ketua Pemuda UMNO yang melihat pengambil alihan IJM bakal menjejaskan pegangan bumiputera dalam GLC yang sekarang menguasai lebih 50 peratus pegangan saham IJM.
Suara Datuk Akmal telah mencetuskan gelombang besar mengenai saham GLIC dalam IJM dan kepentingan asset strategik 4 konsesi tol dan Pelabuhan Kuantan. Hanya selepas Akmal bersuara SPRM masuk menyerbu IJM walaupun pendedahan mengenai Tan Sri Krishnan Tan Pengerusi terlibat pengubahan wang haram dan disiasat SFO UK sejak ogos tahun lalu.
