
Bermula dengan tangkapan Tan Sri Kean Soon, Timbalan Pengerusi T7 Global Bhd pada April lalu, rentetan siasatan terhadap skim pelaburan haram MBI International terus menggegar pasaran modal Malaysia. Penahanan berprofil tinggi ini membuka ruang pendedahan baharu – mendedahkan bagaimana dana gelap MBI disalurkan ke dalam syarikat tersenarai awam, serta melibatkan nama-nama besar dunia korporat tempatan.
Dana RM25 Juta, Skandal Tangkapan & Nama Besar Korporat
Menurut maklumat sebelum ini sejumlah RM25 juta digerakkan oleh sekutu rapat MBI – termasuk Datuk Seri Chiau Beng Teik (Chin Hin Group) dan Datuk Keh Chuan Seng – kononnya untuk membebaskan pengasas MBI, Tedy Teow. Hanya RM10 juta telah dibayar kepada Tan Sri Kean Soon. Namun, usaha itu gagal malah menjerat Tan Sri Kean Soon.
Selepas itu, nama Tan Sri Alex Ooi turut dikaitkan, sebelum siasatan melebar kepada tokoh lain seperti:
- Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen (Pengerusi ECK Development Sdn. Bhd– pembuat Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)- Anak Tedy Teow rakan kongsi ECK Development Sdn Bhd.
- Dato’ Sri Lee Hock Seng (Magma Group Berhad)
- Dato’ Low Eng Hock (Ivory Properties Group Berhad)
- Dato’ Lee Foo San (Watta Holdings Berhad)
- Goh Choon Lye (bekas tokoh ACME Holdings Bhd)
Senarai ini memberi gambaran jelas bahawa jaringan MBI telah menembusi syarikat tersenarai, bukan lagi beroperasi di pinggir sistem. Mereka sangat tersusun dan licik!
Siapakah selepas ini?
Fokus Baharu: Datuk Keh Chuan Seng & Andrew Tan
Dalam siri pendedahan sebelum ini, nama Datuk Keh Chuan Seng sering dikaitkan sebagai rakan perniagaan rapat Datuk Seri Chiau Beng Teik, namun tidak banyak diperkatakan secara terbuka.
Kini, tumpuan beralih kepadanya – bersama Dato’ Sri Andrew Tan Jun Suan, Pengarah Urusan Kumpulan Tanco Holdings Bhd.
- Datuk Keh Chuan Seng didakwa menjadi arkitek utama dalam kitaran wang haram MBI – membeli saham syarikat tersenarai menggunakan dana skim.
- Dato’ Sri Andrew Tan pula dilihat sebagai penerima manfaat – apabila dana tersebut mengalir ke dalam Tanco Holdings bagi memperkukuh kedudukan syarikat di Bursa Malaysia
Profil Datuk Keh Chuan Seng

Datuk Keh bukan nama kecil. Beliau merupakan pelabur besar dalam syarikat tersenarai Bursa, dengan pengaruh meliputi sektor pembuatan, keluli tahan karat dan pengurusan sisa. Melalui syarikat pelaburan peribadi, Frazel Group Sdn Bhd, beliau menguasai kepentingan dalam beberapa entiti utama:

Namun pada 24 Mac 2025, Datuk Keh mengejutkan pasaran dengan melepaskan kesemua jawatannya dalam syarikat-syarikat ini secara serentak atas alasan “keadaan peribadi yang tidak dijangka.” Frazel Group Sdn Bhd (Milik Datuk Keh) dan dan Enrich Signature Sdn Bhd (Milik Chin Hin) sering bersama dalam menguasai saham syarikat senarai awam. Kesemua pegangan saham kemudiannya kini dilaporkan berpindah kepada Chin Hin Group melalui syarikat Enrich Signature Sdn Bhd.


Semuanya kerana siasatan penglibatannya dalam Skim MBI International.

Langkah mendadak ini mencetuskan kejatuhan harga saham, memaksa syarikat-syarikat tersebut menenangkan pelabur bahawa operasi akan diteruskan.
Dana MBI Mengalir ke Bursa
Sumber mendedahkan bahawa lebih RM200 juta dana haram daripada skim MBI telah disalurkan oleh Datuk Keh ke dalam pasaran saham. Malah, senarai pelaburan merentasi lebih 30 syarikat tersenarai awam. Setakat ini TCS dedahkan 16 syarikat yang utama. Penerima duit Datuk Keh dalam syarikat senarai awam mesti disiasat.

Siasatan: Jejak wang haram
Antara syarikat yang paling menonjol ialah Tanco Holdings Bhd, di mana Dato’ Sri Andrew Tan Jun Suan, Pengarah Urusan Kumpulan menjadi sasaran. Beliau didakwa menerima suntikan dana yang asalnya datang daripada skim MBI bagi menyokong operasi dan memperkukuh kedudukan Tanco di Bursa. Sejumlah lebih 32 juta saham dengan nilai RM46 juta. Dana-dana haram ini pasti akan dijejak. Andrew Tan Jun Suan pasti bakal terheret sama.
Persoalannya?
1. Adakah Tanco Holdings menjadi salah satu kenderaan pelaburan untuk mencuci dana MBI?
2. Apakah bentuk kerjasama sebenar antara Keh Chuan Seng dan Andrew Tan?
3. Siapa sebenarnya founder Tanco Holdings dan bagaimana kaitannya dengan rangkaian ini?
Siapa Pengasas Tanco Holdings?
Untuk rekod, Tanco Holdings Berhad ditubuhkan pada 1920-an sebagai sebuah syarikat kecil pembinaan dan hartanah sebelum disenaraikan di Bursa Malaysia. Pengasas asalnya adalah sekumpulan pelabur tempatan dalam sektor pembangunan tanah, sebelum ia berkembang melalui pengambilalihan dan suntikan modal baharu.
Hari ini, Tanco dikenali sebagai pemain hartanah dan hospitaliti, dengan projek di Port Dickson, Sepang Gold Coast, dan pembangunan bercampur lain. Namun reputasi syarikat ini kini terpalit dek nama besar seperti Andrew Tan yang didakwa menerima limpahan dana skim MBI.



Projek terbaru Tanco Holding ialah membina sebuah pelabuhan di Port Dickson, Negeri Sembilan, melalui usaha sama dengan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI-Incorporated). Projek tersebut dianggarkan menelan kos RM2 bilion, dengan Tanco melibatkan CCCC Dredging Group Co Ltd untuk pembangunan pelabuhan tersebut dan COSCO Shipping Ports Ltd bagi pengendalian serta pengurusannya.

Harga saham Tanco pernah mencecah RM1.04 sesaham pada 29 Mei 2025, satu paras yang kali terakhir dicapai 27 tahun lalu sebelum krisis kewangan Asia. Kumpulan ini menjadi tumpuan berita susulan cadangannya untuk membina sebuah pelabuhan di Port Dickson, Negeri Sembilan, melalui usaha sama dengan Menteri Besar Negeri Sembilan (Incorporated).
Jika tangkapan dibuat kepada Group MD Dato’ Sri Andrew Tan Jun Suan apakah saham Tanco Holding Bhd akan terjejas kerana dakwaan penglibatannya dalam Skim MBI?