Selepas lebih tiga tahun pendedahan portal The Corporate Secret dan laporan media perdana terhadap ahli korporat kontroversi Victor Chin Boon Long akhirnya beliau tampil mempertahankan diri dengan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau merupakan sebahagian daripada “mafia korporat”.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 16 Mac lalu, Victor menegaskan bahawa beliau mengakui kewujudan kumpulan mafia korporat dalam landskap perniagaan negara tetapi beliau menafikan beliau bukan sebagai ‘Mafia Korporat’’ tersebut.
Penjelasan 7 muka suratnya adalah satu karma terhadap kesakitan orang lain yang dilakukan olehnya sejak sekian lama, kehilangan syarikat, dimalukan dengan serbuan SPRM dan mahkamah malah semua akaun dibekukan. Ia sebuah kesakitan terpendam dari mangsa-mangsanya.
Gambarajah di bawah menunjukkan siapa Mafia Korporat Victor Chin Boon Long dengan isu-isu yang meletus selepas pembongkaran Bloomberg!
Dalam mafia korporat penggeraknya majoritinya taikun bangsa cina. Victor Chin Boon Long, Ketua mafia korporat dibantu isteri dan orang-orang kanannya. Pegawai SPRM dan DPP juga berbangsa cina. Asasnya pembayar rasuah dan penerimanya berbangsa cina. Ahli perniagaan atau pekerja melayu hanya menjadi kuda mereka untuk diperalatkan saja.

Benarkah Victor Chin Boon Long bukan Mafia Korporat?
Victor Chin menegaskan bahawa segala penglibatan beliau dalam pelaburan dan pengambilalihan syarikat (Rampasan Syarikat) dilakukan melalui saluran sah, telus dan mematuhi undang-undang.
Label “mafia korporat” yang dikaitkan dengan dirinya berpunca daripada hubungan lampau dengan syarikat atau individu yang kemudiannya terlibat dalam siasatan pihak berkuasa.
Pendedahan Victor Chin adalah melalui fail sulit PDRM yang terdedah mengandungi segala risikan, perlakuan salah laku syarikat, manipulasi saham, insider trading dan aduan pelbagai pihak terhadapnya. Semua butiran didedahkan namun kerana Victor Chin sangat kebal mempunyai hubungan dan penguatkuasa dan agensi berkaitan tidak pernah ada pendakwaan terhadapnya. Cara Victor Chin beroperasi cara mafia menguasai saham dan merampas syarikat.
Artikel pertama mengenai Victor Chin Boon Long ialah Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar pada 4 Mac 2023 dan ia mendapat reaksi daripada PDRM dan dilaporkan dalam Buletin Utama TV3. Sejak itu istilah ‘MAFIA KORPORAT’ digunakan dalam mendedahkan kumpulan Victor Chin.

Modus operandi Victor Chin Boon Long merampas syarikat senarai awam seperti Caely Holdings Berhad (Classita Holdings Berhad/ Kini NexG Bina) dan Revenue Group Berhad, MMAG Holdings Berhad, Vortex Consolidated Bhd (Kini Harvest Miracle Capital Bhd, Dynaciate Group Bhd (Ingenieur Gudang Bhd) , Hong Seng Consolidated Bhd, G3 Global Bhd dan Green Packet Bhd mempunyai modus operandi yang sama sehingga pertukaran nama kepada syarikat-syarikat ini.
Fail SULIT VICTOR CHIN BOON LONG telah mengungkapkan segalanya.

BACA FAIL
ADUAN VICTOR CHIN BOON LONG
VICTOR CHIN MENIPU JAWAPAN ISU CAELY HOLDINGS
Penjelasan cara Victor Chin merampas Caely Holdings Bhd lebih mudah difahami betapa jahatnya Victor Chin, isterinya Chan Swee Ying dan budak-budak suruhannya.
Victor Chin menjelaskan isu Caely Holdings Bhd ( Classita Holding – kini NexG Bina Bhd) adalah isu dakwaan penyelewengan dana berjumlah RM30.5 juta berlaku antara tahun 2013 hingga 2021 — iaitu sebelum beliau mempunyai sebarang penglibatan dalam syarikat tersebut. Perebutan pemegang saham dalam Caely ketika itu siapa berperanan? jika bukan kumpulan Victor Chin dan isterinya.
Mereka menggunakan SPRM dan polis terhadap pengasas syarikat, Datin Fong Nyok Yoon namun siapa pemegang saham bersama ketika itu yang terlibat? Victor Chin Boon Long. Fail forensik juga melibatkan Victor Chin dan orang-orangnya yang mempunyai 15.92 peratus saham. Berapa banyak laporan polis terhadap Francis Leong See Wui dan saman terhadap Victor Chin dan pasukannya? Bagaimana Victor Chin memperdaya pengasasnya Datin Fong Nyok Yoon sehingga saham-saham itu jadi milik mafia korporat Victor Chin?
FAIL FORENSIK MONEY TRAIL PENYELEWENGAN RM30.3 JUTA CAELY/CLASSITA HOLDINGS BERHAD


Victor Chin Boon Long yang memusnahkan rekod penyelewengan Caely
BACA ARTIKEL BERKAITAN ;
Polis tidak memanggil Victor Chin sebagai ketuanya tetapi Francis Leong Seng Wui, Kenny Khow Chuan Wah dan Ng Keok Chai yang mengendalikan Cealy dipanggil tetapi macam biasa mereka sangat kebal. Ng Keok Chai adalah bekas pegawai kanan polis maka tak mungkin ada tindakan terhadap Caely.
Rampasan Mafia Korporat dalam Caely boleh dilihat sebelum 10 November 2022 dan Selepas 10 November 2022. Suruhanjaya Sekuriti boleh melihat sendiri siapa pemain saham dikuasai Victor Chin dan isterinya Chan Swee Ying. Syarikat-syarikat terlibat semua rantaian Victor Chin dan isterinya Chan Swee Ying.


saham yang menjadikan isteri Victor Chan Swee Ying kini pemegang
saham terbesar Caely Holdings Berhad
Apa Victor Chin dan Chan Swee Ying lakukan untuk rampasan ini ialah menggunakan SPRM untuk membekukan akaun syarikat. Harga membuka pelepasan akaun bank ini sangat mahal sekitar RM8 juta!

VICTOR CHIN BOON LONG BUKAN PENYELAMAT NEXG TETAPI PELINGKUP!
Kenyataan Victor Chin bahawa penglibatannya dalam NexG Bhd bermula atas pelawaan Datuk Abu Hanifah Noordin (CEO NEXG) untuk menyelamatkan NexG hanyalah syok sendiri. Hakikatnya, sebelum kemasukan Victor — ketika masih dikenali sebagai Datasonic Group Bhd — syarikat itu telah pun kukuh sebagai pembekal sistem identiti negara termasuk MyKad dan pasport. Tunai akaun syarikat berpuluh berjuta. Ini menunjukkan bahawa asas perniagaan strategik NexG telah lama wujud, sekali gus mencabar naratif bahawa kejayaan syarikat itu bergantung kepada campur tangan Victor Chin.
Victor turut mendakwa bahawa usaha penstrukturan semula yang dibawanya telah membantu NexG memperoleh kontrak kerajaan bernilai lebih RM2.4 bilion untuk tempoh enam tahun. Semua tahu Siapa Datuk Seri Farhash dibelakang membawa kontrak ini. Namun semua tahu Datasonic juga sekian lama jadi pembekal utama. Apa yang Datuk Abu Hanifah belajar ialah bagaimana mengeluarkan duit tunai dari Datasonic. Membawa Victor dan budak-budaknya ke dalam kemudianya menukar nama syarikat untuk melicinkan wang syarikat.

Apa lagi Victor Chin buat? NexG telah dijadikan“cash cow” dengan aliran dana mencecah lebih RM240 juta. Syarikat itu didakwa digunakan sebagai saluran pembiayaan tidak telus, termasuk amalan menyerupai “ah long korporat”, selain isu mark-up nilai syarikat Innov8tif sehingga RM40 juta. Turut dibangkitkan ialah kewujudan aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Mengapa SPRM tak siasat? Ialah Mafia Korporat kawan SPRM mana nak siasat.

Kerjasama Victor Chin dengan Datuk Farhash bukanlah lama hanya Ketika sebagai Pengerusi dan pemegang saham terbesar MMAG Holdings Bhd. Victor kini bergaduh dengan Farhash kerana menipunya maka itu urusan peribadi antara mereka mengenai saham. Selepas Victor ditahan pada 29 Disember 2025 beberapa hari selepas itu Datuk Seri Farhash dan Datuk Fam Chee Way melupuskan saham mereka dalam MMAG.
Lebih teruk NexG cuba “digadai” kepada kumpulan Bestinet Dato’ Sri Aminul Islam (Amin Bangla) yang mahu kawalan ke atas NexG untuk membekal projek Kad Pengenalan dan Passport. Nasiblah Datuk Ishak Ismail ini penyelamat NexG! selain desas-desus Heitach Padu juga mahu kontrak pembekalan projek IC dan Passport diberi kepada mereka.
MMAG HOLDINGS & MJETS: BAGAIMANA VICTOR CHIN MERAMPAS SYARIKAT, GUNAKAN SPRM DAN MAHKAMAH
Victor Chin menegaskan bahawa dalam isu melibatkan MMAG Holdings Bhd dan anak syarikatnya, MJets International Sdn Bhd, tindakan telah pun diambil terhadap individu tertentu susulan laporan kepada SPRM berkaitan transaksi mencurigakan. Beliau mendakwa pihak berkuasa telah mengenal pasti serta mendakwa pihak lain, termasuk bekas pengarah, sekali gus menafikan penglibatan dirinya dalam sebarang salah laku.
Persoalannya apa dia buat sebelum memilik Mjets? Beliau memperdaya pengasas syarikat Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming kononnya sebagai pelabur kepada Mjets. MMAG pada tahun 2020, mengumumkan memperoleh 80 peratus kepentingan dalam MJets dengan nilai sekitar RM21.36 juta. Disinilah permulaan Victor Chin menyingkirkan pengasasnya menggunakan SPRM dan mahkamah. Mereka direman dan diugut semasa siasatan. Shanmugananthan a/l Ratnam menantu Tan Sri Nadarajah lembaga pengarah Mjets International Sdn Bhd yang baru menjadi penggerak laporan polis dan SPRM.
Sekalipun pada 14 Julai 2023, Victor Chin dan MMAG Holdings telah disaman sebanyak RM49.85 juta oleh Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming mereka tidak boleh berdaya dan akhirnya tewas. Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming membuat laporan polis tentang penganiayaan pegawai SPRM Seksyen D terhadap mereka.

Bukan itu saja tidak cukup SPRM mereka turut didakwa oleh SSM atas kesalahan tadbir urus seperti meluluskan kenaikan gaji tanpa kelulusan AGM. Wal hal syarikat itu sebelumnya dimiliki oleh pengasasnya bukan Victor Chin. Pertuduhan direka untuk melemahkan Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming.
Orang kanan Victor Chin yang bertanggungjawab dalam rampasan Mjets ialah Kenny Khow Chuan Wah– Terlibat dalam skandal beri rasuah RM5 juta kepada Mohamad Madani Sahari Bekas CEO MARii bagi pihak Aspire Knowledge Sdn Bhd. Beliau sebelum ini merupakan BOD Hong Seng Consolidated Greenpacket, Classita Holdings dan MMAG Holdings Bhd.

Banyak lagi kisah Mjets yang kini dijadikan tempat cuci wang dan penyeludupan barang oleh Victor Chin. Rugi berjuta ringgit namun penerbangan kargo kunci Victor Chin meneruskan perniagaan buruknya.
Hari ini semua akaun Victor Chin dan kuncu-kuncunya dibekukan mengapa marah? bukankah begitu perasaan pemilik syarikat yang mereka rampas?
REVENUE GROUP: PENAFIAN VICTOR CHIN DAN ZALIMNYA MAFIA KORPORAT
Dalam kes melibatkan Revenue Group Bhd, Victor Chin menegaskan bahawa penglibatannya adalah terhad dan sebarang penentuan tanggungjawab perlu berpandukan bukti rasmi seperti laporan polis, bukan persepsi awam. Namun, penafian ini dilihat bertentangan dengan pelbagai pendedahan yang mengaitkan rangkaian individu rapat beliau — termasuk Francis Leong Seng Wui dan kuncunya — sebagai pelaksana utama dalam gerakan yang didakwa mengambil alih kawalan syarikat tersebut.

Krisis Revenue Group mula memuncak sekitar Februari 2023 apabila mafia korporat merampas Revenue Group daripada pengasasnya, dua beradik Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang. Mereka berdepan tekanan berterusan disiasat, diserbu dan akaun dibeku SPRM malah diugut ke mahkamah jika tidak membuat pengakuan atau menyerahkan Revenue Group.
Pada Mac 2023 Revenue Group dirombak secara drastik oleh Victor Chin dan budak-budaknya. Hanya sehari selepas rombakan itu, kedua-dua pengasas telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan yang disifatkan sebagai tidak munasabah, sekali gus menguatkan persepsi bahawa tekanan undang-undang digunakan sebagai alat untuk melumpuhkan mereka.

Membuktikan mereka diancam pada 23 Mac 2023, Brian dan Dino tampil membuat laporan polis, mendakwa wujud ugutan dan tekanan daripada individu yang dikaitkan dengan kumpulan Victor Chin, termasuk Francis Leong Seng Wui. Selepas menguasai Revenue seperti dijangka wang Revenue keluar apabila membeli syarikat Innov8tif Holdings milik Kumpulan Victor Chin kepada Revenue Group dengan dengan nilai RM36 juta.
Sehingga kini, kes Revenue Group masih berjalan di mahkamah.
Apakah pengasas Revenue tidak punya keluarga dan pekerja sehingga dianiaya dan diperlakukan sedemikian rupa oleh mafia korporat Victor Chin danFrancis Leong Seng Wui?
BAGAIMANA DENGAN KES TAI BOON WEE, GIIB HOLDINGS BHD YANG DIUGUT MAFIA KORPORAT LM KOK HAN?
Pendedahan nama Ketua Pegawai Eksekutif GIIB Holdings Bhd, Tai Boon Wee dalam Bloomberg mengundang perhatian siapa sebenarnya beliau?
Tai Boon Wee adalah satu contoh kes mafia korporat dikuasai Victor Chin Boon Long dan Lim Kok Han yang gagal membuat rampasan terhadap syarikat senarai awam seperti GIIB Holdings Bhd. Kecekalannya berhadapan siasatan SPRM, direman dan didakwa di mahkamah adalah bukti bahawa seseorang boleh bertahan melawan mafia korporat.

menendang keluar pengasas syarikat
Pertuduhan direka. CEO GIIB didakwa atas beberapa pertuduhan berkaitan pemalsuan dokumen dan laporan kewangan syarikat, namun kes utama pada tahun 2023 telah berakhir dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan beliau sepenuhnya. Satu lagi pertuduhan baharu pada tahun 2024 berhubung dakwaan pemalsuan laporan kewangan interim turut dikenakan, namun beliau mengaku tidak bersalah dan kes tersebut tidak diteruskan apabila pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan pada Disember 2024.


Pada Mei 2023 Bursa Malaysia mengumumkan Dato’ Sri Andy Lim Kok Han muncul sebagai pemegang saham besar GIIB Holdings Bhd, selepas membeli 125.93 juta saham dalam syarikat pengeluar sarung tangan getah itu melalui Yee Voon Hon Pengarah Eksekutif GIIB yang bersekongkol dengan mafia korporat. Lim Kok Han membelanjakan RM11.96 juta membeli saham pada harga 9.5 sen. Berikutan pengambilalihan itu, Lim menguasai 21.297% kepentingan dalam GIIB.
Maka disinilah permulaan ugutan Lim Kok Han mendesak Tai Boon Wee menyerahkan syarikat GIIB kepadanya. Berlakulah insiden ugutan penggunakan pistol Lim Kok Han terhadap Tai Boon Wee yang kecoh di media massa
SETUJU TUBUH RCI ‘MAFIA KORPORAT’ WAYANG VICTOR BOON LONG?
Salah satu kenyataan paling signifikan ialah sokongan Victor Chin terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan mafia korporat. Benarkah Victor Chin seberani itu mengikut cadangan Anthony Loke DAP?
Penubuhan RCI berpotensi membuka lebih banyak pendedahan, termasuk kemungkinan penglibatan pegawai atau rangkaian yang lebih besar. Ia bukan sekadar usaha membersihkan nama, tetapi turut membawa implikasi bahawa isu ini mungkin jauh lebih kompleks daripada yang didedahkan setakat ini. MMAG Holdings adalah syarikat dikawal sepenuhnya mafia korporat turut mendapat kerjasama daripada Anthony Loke Menteri Pengangkutan. Apakah DAP sanggup terheret sama?
Apakah Anthony Loke bersedia membiarkan agensi di bawah MOT, seperti CAAM, yang tidak menyiasat aktiviti mafia korporat, melabur dalam MJets International dengan menjual saham-sahamnya tanpa kelulusan CAAM — sama seperti yang berlaku pada MYAirline oleh taikun Dato’ Allan Goh, yang dikaitkan dengan ‘pencucian’ wang haram melalui i-Serve Online Mall yang kontroversi — sementara MJets International pula dikawal oleh Dato’ Viktor Chin Boon Long, Ketua Mafia Korporat, yang merampas syarikat itu menggunakan MMAG Holdings Berhad? Begitu juga menggunakan Tan Sri Mohd Khairul Adib bekas KSU MOT untuk mendapat projek dalam MAHB dan Malaysia Aviation Group (MAG).
MMAG-Mjets adalah tempat ‘cuci wang’ Victor Chin. Terbaru MMAG Holdings Berhad dilaporkan telah melupuskan 51% pegangan saham dalam anak syarikatnya, MMAG Aviation Consortium Sdn. Bhd. (MAC), pada harga hanya RM100,000, satu nilai yang menimbulkan persoalan serius mengenai rasional komersial urus niaga tersebut kerana syarikat itu menjana hampir RM600 juta pendapatan. Perjanjian Jual Beli (SPA) dengan dua pembeli iaitu Nasir Gaffar Khan dan Francis Antony a/l Anthony Mariedass hanyalah wayang atas kertas. Pada 15 Disember 2025, Perjanjian Novasi turut dimeterai yang menyaksikan hak dan kepentingan Nasir Gaffar Khan di bawah SPA tersebut dipindahkan kepada syarikat berpangkalan di Singapura, Bluorbit Logistics Pte Ltd. Mengapa Singapura?
Ramai melihat transaksi tersebut hanya struktur formal di atas kertas, manakala bayaran sebenar mungkin berlaku melalui saluran lain di luar perjanjian rasmi. MOT dan CAAM tak mahu siasat ke mengelak apa yang berlaku terhadap MyAirline.

Dakwa Diri Mangsa dan Akan Dedah Lebih Besar
Benarkah Victor Chin mangsa? RCI Mafia korporat pasti akan mendedahkan segalanya. Jika Victor Chin mahu mendedahkan siapa pegawai SPRM terlibat di belakangnya dedahkan saja sekarang tanpa perlu menunggu RCI. PDRM dan Suruhanjaya Sekuriti pastinya akan fokus kepada siasatan menyeluruh berbanding pegawai SPRM yang didedahkan sejak 2023 bersekongkol dengan mafia korporat.
Dedahkan saja isteri siapa dapat kereta Porsche dan kad kredit puluhan juta untuk berbelanja. Adalah lebih buruk jika keterangan Victor Chin Boon Long dan Francis Leong Seng Wui terdedah kepada umum nanti.
Victor Chin harus memilih dia jadi ‘kambing hitam’ atau pegawai SPRM yang melindungi mereka.
SIAPA DALANG PEGAWAI SPRM BERSEKONGKOL DENGAN MAFIA KORPORAT?
Dalam semua kenyataan mafia korporat Victor Chin mengenai dakwaan terhadapnya dan pendedahan The Corporate Secret mengenai mafia korporat – apa yang jelas semua ini tak akan berlaku tanpa dalang pegawai penguatkuasa seperti SPRM. Kebenaran ini pedih tetapi perlu didedahkan sebelum negara ini semakin rosak.
Pada Mac 2023 The Corporate Secret mendedahkan siapa pegawai SPRM yang menjadi dalang kepada mafia korporat di negara ini. Dua nama yang disebut ketika itu ialah Datuk Tan Kang Sai bekas Pengarah BOK dan Wong Yun Fui dulu Bahagian Siasatan Sektor Swasta- Cawangan Siasatan D yang kini sebagai Timbalan Pengarah Siasatan. kebanyakan pegawai siasatan budak-budak Datuk Hishammudin Hashim bekas pengarah siasatan naik pangkat walaupun ada rekod polis terhadap mereka.

Semua yang berlaku dalam operasi perampasan syarikat Mafia Korporat digerakkan dua pegawai berbangsa tiong hua SPRM ini. Apa yang berlaku di Caely Holdings Berhad, MMAG Holdings Berhad- Mjets, Revenue Group, Cuscapi dan GIIB jelas operasi cara sama. Lapor kepada SPRM, akaun dibeku, ditahan SPRM, lembaga pengarah dirombak dan didakwa di mahkamah.
Kini hanya tinggal Wong Yun Foi yang berkuasa. Beliau boleh memilih syarikat mana yang boleh diserbu
Dalam setiap syarikat yang disebut berkait dengan mafia korporat menemui penglibatan pegawai SPRM bernama WONG YUN FUI atau mereka panggil AH WONG dulu dari Bahagian Siasatan Sektor Swasta- Cawangan Siasatan D dan kini menjadi Timbalan Pengarah Siasatan.
Mafia Korporat bukan hanya menggunakan Lim Kok Han yang akses SPRM tetapi Datuk Tan Kang Sai, Pegawai AH WONG atau Wong Yun Fui dan dan DPP Law Chin How. Mana-mana syarikat disiasat SPRM termasuk tangkapan, reman, pembekuan akaun dan seterusnya pendakwaan kes di mahkamah mesti melibatkan Wong Yun Fui.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikannya dua pegawainya sebagai dalang mafia korporat dan menganggap sebagai tohmahan dan fitnah. Kedua-dua pegawai dilaporkan dipanggil untuk memberikan penjelasan dan mereka seterusnya membuat laporan polis untuk menyangkal tuduhan itu. Siasatan dalam kes ini tidak pernah didedahkan kepada umum dan pegawai masih bebas berkhidmat.

Namun Penafian SPRM mempertahankan Wong Yun Fui hanya memburukkan keadaan kerana terdapat bukti dan laporan polis mengenai pegawa-pegawai siasatan SPRM yang dibayar oleh Mafia Korporat. Selepas itu tiada siapa lagi berani menentangnya.
Wong Yun Fui bekas pegawai siasatan Sektor Swasta Cawangan D pernah dilaporkan polis pada 2 Jun 2022 berhubung kes ugutan meminta wang daripada pengadu seorang cina bernama Chan Choon Lai.
Laporan polis meminta memindah wang RM1.7 juta itu melibatkan Wong Yun Fui dan 3 orang Pegawai siasatan SPRM lain iaitu Mohamad Farid bin Jabar, Mohd Rauf bin Mohd Adri serta seorang awam bernama Lim Kian Huat @ Winson.


Persoalan besar bagaimana seseorang pegawai yang dilaporkan polis seperti Wong Yun Fui boleh dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Siasatan SPRM? Begitu banyak laporan penglibatan Wong Yun Fui tetapi atasan SPRM tutup mata.

pangkat sebagai Timbalan Pengarah Siasatan Swasta yang
lebih berkuasa!
Buktinya! Kes Pamela Ling- campur tangan Wong Yun Fui
Dalam kes kehilangan Datin Sri Pamela Ling Yueh, isteri kepada Taikun Sarawak Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu, peguam Siti Kassim mendedahkan Timbalan Pengarah Siasatan SPRM- Wong Yun Fui terlibat dalam siasatan itu dilihat cuba campur tangan kes perceraian Pamela-Thomas Hah. Perkara ini turut disebut dalam Bloomberg. Kehilangan Pamela Ling terus misteri hingga ke hari ini. Jika dakwaan Siti Kassim fitnah samanlah Siti Kassim.

VIDEO 1- SITI KASSIM DEDAH PENGLIBATAN WONG YUN FUI TIMBALAN PENGARAH SIASATAN SPRM DALAM KES PAMELA LING- DATO’ SRI THOMAS HAH
VIDEO 2- SITI KASSIM DEDAH PENGLIBATAN WONG YUN FUI TIMBALAN PENGARAH SIASATAN SPRM DALAM KES PAMELA LING- DATO’ SRI THOMAS HAH
Laporan polis terhadap Wong Yun Fui dan budak-budak siasatannya bukan sekali tetapi beberapa kali sebagaimana yang didedahkan di media massa termasuk Edisi siasat sebelum ini.
Dalam kes Mjets International- MMAG Holdings pengasas syarikat Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming melaporkan polis tentang anak-anak buah Wong Yun Fui yang mempunyai hubungan rapat dengan Lim Kok Han dan Kenny Khow Chuan Wah.

Dalam kes Revenue Group lebih awal dari itu Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang melaporkan kepada polis bagaimana bahagian Seksyen D mengugut dan menawarkan penyelesaian melalui rundingan mafia korporat seperti Francis Leong Seng Wui.

“Mafia Korporat”, dan dalam satu pertemuan memaklumkan bahawa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh dihentikan sekiranya pihak terlibat bersetuju dengan terma penyelesaian yang ditawarkan. Mereka juga didakwa menyatakan sebagai “gesture of goodwill”, pihak SPRM akan diarahkan untuk memulangkan telefon bimbit yang telah dirampas. Kenyataan tersebut menimbulkan kebimbangan serius apabila ia memberi gambaran seolah-olah agensi penguat kuasa boleh dipengaruhi atau dikawal, sekali gus mendorong laporan polis dibuat bagi meminta siasatan dijalankan serta perlindungan diberikan terhadap ancaman yang dikaitkan dengan kumpulan tersebut.
Pada Mac 2023 sekali lagi laporan polis dibuat terhadap Wong Yun Fui dan budak-budak seksyen D.
Pada 30 Mac 2023 sekali lagi mereka membuat laporan polis mengenai tindakan beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa proses rakaman percakapan antara 9 hingga 12 Mac 2023 di ibu pejabat SPRM Putrajaya. Mereka mendakwa bahawa kenyataan tidak direkodkan secara tepat, sebaliknya ditulis semula oleh pegawai perakam berdasarkan arahan pegawai penyiasat. Beliau dipaksa untuk menandatangani kenyataan tersebut atas alasan boleh dipinda semula walaupun tidak bersetuju dengan kandungannya, termasuk ketika berada dalam keadaan kesihatan yang tidak baik.
Pada keesokan harinya, pengadu sekali lagi cuba meminda kenyataan tersebut, namun tidak dibenarkan oleh pegawai SPRM yang terlibat. Situasi ini menimbulkan kebimbangan serius mengenai integriti proses siasatan, apabila pengadu mendakwa seolah-olah beliau dipaksa menerima versi kenyataan yang tidak mencerminkan fakta sebenar. Laporan polis itu dibuat dengan harapan pihak berkuasa dapat menyiasat dakwaan salah laku ini secara telus serta memastikan perlindungan diberikan kepada individu yang tampil membuat aduan.


SPRM NAFI SEKALI LAGI ‘MAFIA KORPORAT’
Selepas dinafikan pada Mac 2023 kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekali lagi pada 23 februari 2026 mengenai kewujudan mana-mana ‘mafia korporat’ yang didakwa dikaitkan dengan suruhanjaya berkenaan.
SPRM dalam kenyataan berkata, dakwaan tersebut dipercayai berpunca daripada sebuah blog (The Corporate Secret) dalam talian yang tidak mempunyai nama pemilik, penulis atau akauntabiliti yang jelas. Menurutnya, SPRM dengan tegas menolak sepenuhnya dakwaan-dakwaan tanpa asas yang dibangkitkan.

Pendedahan Bloomberg telah membuka mata. Dunia akhirnya tahu apa yang berlaku dalam SPRM. Jika tidak benar mengapa laporan-laporan polis terhadap Wong Yun Fui dan pegawainya berlaku? Jika RCI ditubuhkan pastinya nama Wong Yun Fui akan didedahkan.
Shahrum nizam @Gobang ‘Kambing hitam’
Mengapa Tan Sri Azam Baki tidak menjadikan saja Wong Yun Fui sebagai ‘Kambing Hitamnya’ dalam kes ini? Pegawai digantung atau disiasat!. Penglibatan pegawai siasatan SPRM dalam rasuah dan salah guna kuasa bukan perkara baru. Misalnya kes SHAHRUM NIZAM BIN BAHARUDDIN @ GOBANG yang didakwa di mahkamah Sesyen 4 Januari 2022 atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang berjumlah AS$6.94 juta (RM32.6 juta) dalam kes bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.


Gobang dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan 2 sebatan. Kekayaan Gobang juga luar biasa bagi pegawai SPRM. Antara yang dirampas Mercedes Benz A250 RM130,000, sebuah rumah bernilai RM750,000 di Kota Warisan, Sepang; jam tangan mewah RM397,580; dua motosikal Ducati RM600,000;Ford Raptor; dua lot tanah di Jerantut, Pahang, RM483,220 dan Honda Civic RM265,930.
JIKA MAFIA KORPORAT VICTOR CHIN TIDAK BENAR MENGAPA BUAT PENGAKUAN PEMBEKUAN AKAUN?
Victor Chin ‘play victim’, salahkan AMLA PDRM
Kenyataan Victor Chin Boon Long pada 19 Mac lalu mempertikaikan tindakan AMLA dilihat sebagai cubaan “play victim” bagi meraih simpati awam, sedangkan situasi yang dihadapinya kini dianggap sebagai “karma” hasil daripada tindakan Victor Chin dan kuncu-kuncu yang sebelum ini memberi kesan kepada ramai pihak dalam dunia korporat.
Ada yang kehilangan syarikat, disiasat, direman dimalukan dengan pendakwaan dan bermacam-macam lagi.

Tidak sedikit kerugian dihadapi pengasas syarikat yang mereka rampas! Kini Victor Chin mengaku sendiri lebih 500 akaun dibekukan dan ramai individu tidak bersalah terkesan, hakikatnya beliau sendiri dalam kenyataan permohonan maaf mengakui telah “menarik” ramai pihak ke dalam krisis tersebut sehingga menjejaskan reputasi dan operasi perniagaan mereka . Senarai akaun yang mencecah ratusan entiti turut menunjukkan skala rangkaian transaksi dan kaitan yang luas, sekali gus mengukuhkan asas siasatan pihak berkuasa. Apa perlunya Victor Chin meminta maaf kepada proksi-proksinya?
Tindakan AMLA oleh Polis Diraja Malaysia adalah tepat dan berasas, khususnya dalam keadaan di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini dilihat tidak mengambil tindakan tegas terhadap pelbagai dakwaan. Begitu juga Suruhanjaya Sekuriti selama ini. Justeru, campur tangan polis melalui AMLA dilihat sebagai langkah perlu untuk mengekang aktiviti yang berpotensi melibatkan pengubahan wang haram dan manipulasi korporat.
Kini Victor Chin Boon Long merasa sendiri bagaimana pahitnya siasatan dan pembekuan akaun pihak berkuasa. Jika dia merasakan pegawai SPRM terlibat perlu didedahkan Victor Chin perlu segera melakukannya sebelum dia terheret sama. Hari ini dia mengaku tahu siapa mafia korporat sebenar wal hal dialah mafia itu sejak dedahkan 2023!. Sebagaimana keterangan Francis Leong Seng Wui sejumlah lebih RM9 juta diberi untuk selesaikan kes. Maka dedahkan saja siapa MP yang Victor Chin kata terima rasuah.
