KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Berhad, Mohd Abdul Karim Abdullah, berhubung kesalahan berkaitan penyata kewangan palsu dalam syarikat tersenarai awam.
Karim yang sebelum ini merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Serba Dinamik, kini juga memegang jawatan Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB).
SCIB pernah dipengerusikan oleh Datuk Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari anak Premier Sarawak. Namun menjadi persoalan mengapa anak premier tidak diburu SC?
Menurut kenyataan SC, Karim dikehendaki bagi kesalahan di bawah Seksyen 369(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana didakwa terlibat menyebabkan penyata palsu dikemukakan oleh SCIB kepada Bursa Malaysia.

Kes ini bukan kali pertama Karim berdepan tindakan pengawal selia pasaran modal. Pada 2021, beliau pernah didakwa oleh SC berhubung penyiaran maklumat palsu dalam penyata kewangan Serba Dinamik. Namun kes tersebut diselesaikan melalui kompaun sebanyak RM3 juta selepas representasi beliau diterima oleh pihak pendakwa raya.
Rekod Tindakan Bursa Malaysia
Selain siasatan SC, Karim juga pernah dikenakan tindakan disiplin oleh Bursa Malaysia. Pada Mei 2022, Bursa mengeluarkan teguran terbuka serta denda RM15,000 terhadap beliau kerana melanggar Perenggan 14.08(d) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
Kesalahan itu berlaku selepas beliau gagal memaklumkan kepada setiausaha syarikat dalam tempoh satu hari pasaran penuh selepas melupuskan 107,963,930 saham Serba Dinamik pada 9 Mei 2022, sekali gus menyebabkan syarikat gagal membuat pengumuman segera kepada Bursa seperti yang dikehendaki oleh peraturan penyenaraian.

Kontroversi terhadap pengurusan Serba Dinamik turut memuncak pada September 2023 apabila Bursa Malaysia mengenakan tindakan disiplin lebih besar terhadap syarikat tersebut dan barisan pengarahnya.
Serba Dinamik bersama 10 pengarahnya dikenakan denda antara RM355,200 hingga RM1.38 juta selepas didapati melanggar enam peruntukan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
Dalam keputusan tersebut, Mohd Abdul Karim Abdullah dan Pengarah Eksekutif Syed Nazim Syed Faisal masing-masing didenda RM1.38 juta, manakala beberapa pengarah lain turut dikenakan denda ratusan ribu ringgit.
Persoalan Konsistensi Penguatkuasaan
Tindakan tegas terhadap Karim bagaimanapun menimbulkan persoalan dalam kalangan pemerhati pasaran mengenai konsistensi penguatkuasaan terhadap tokoh korporat lain yang turut dikaitkan dengan kontroversi pasaran modal.
Mafia korporat Victor Chin Boon Long, yang banyak dikaitkan dengan beberapa syarikat tersenarai awam dan pelbagai isu tadbir urus korporat dengan pelbagai laporan di portal The Corporate Secret dan Bloomberg tidak pula diburu dan diberi waran tangkap! The Corporate Secret menulis sebelum ini SC dan Bursa Malaysia ‘bijik’ dah kena pegang oleh mafia korporat sejak sekian lama. Satu dari peristiwa tahun 2023 didepan mata ialah rampasan Caely Bhd (Classita Holdings). Apa Pengerusi SC dan Bursa buat ketika itu? Ini satu darinya tapi ada begitu banyak lagi insiden.
Perbandingan ini menimbulkan persoalan lebih besar dalam kalangan pemerhati pasaran: mengapa sesetengah tokoh korporat berdepan tindakan pantas, sementara yang lain dilihat masih bebas daripada tindakan undang-undang? Banyak lagi insiden tetapi SC dan Bursa pejam mata. Hanya PDRM bertindak manakala pegawai SPRM seperti Wong Yun Fui menjadi dalang terbesar mafia korporat yang tercetus hari ini.
Apa lagi aduan tidak dibuat. Fail rahsia Victor Chin pun didedahkan tapi Victor Chin tetap kebal.
