
Projek mega Lebuhraya Pan Borneo Sabah sekali lagi tercalar dengan siri pendedahan terbaru melibatkan Pakej WP33 dari Kampung Lumou Baru ke Kampung Toupus (Ranau) bernilai RM1.3 bilion.
Projek yang pada asalnya dianugerahkan kerajaan kepada MTD Construction Sdn. Bhd., anak syarikat kumpulan MTD ACPI Engineering Bhd milik keluarga Tan Sri Nik Hussain, kini menjadi kecoh dan penuh kontroversi selepas diserahkan kepada Gammerlite Sdn. Bhd. – sebuah syarikat kecil yang sarat hutang bank dan bernaung di bawah pengarah kontroversi, Chin Chen Nyap @ Aaron Chin
Pada oktober 2024 Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B Pan Borneo. Antara yang menerima SST ialah MTD Construction Sdn. Bhd.

Dari MTD ke Gammerlite ke Ireka Corporation – Rantaian Subkontrak Mencurigakan
Mengikut rekod rasmi:
i. Nilai asal kontrak: RM1.3 bilion (dianugerahkan kepada MTD Construction).
ii. Subkontrak 1: MTD → Gammerlite Sdn. Bhd.
iii. Subkontrak 2: Gammerlite → Ireka Corp Bhd (melalui Shoraka Construction Sdn. Bhd.) bernilai RM1.07 bilion. 11 Oktober 2024 Ireka Corp Bhd mengumumkan perolehan projek ini di Bursa Malaysia.

Perbezaan hampir RM230 juta menimbulkan persoalan apakah MTD Construction mengaut keuntungan dari projek yang kosnya di bawah nilai pasaran. Kos RM1.3 bilion kos paling murah dan tak mungkin menyiapkan projek Pakej WP33 dari Kampung Lumou Baru ke Kampung Toupus (Ranau) itu.
Pengumuman itu mendapat kritikan umum bagaimana Ireka Corp sebuah syarikat berstatus PN17 mendapat projek RM1.3 bilion dengan harga RM1.07 bilion dari Gammerlite yang bermasalah. Mengapa bukan terus daripada MTD Construction? Apakah semua ini strategi Gammerlite dan Ireka untuk menaikkan harga saham Ireka Corporation?
Pada 30 Julai 2025 Bursa Malaysia mengeluarkan pertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA) terhadap Ireka Corporation Berhad susulan kenaikan mendadak harga dan volum dagangan saham syarikat itu susulan kaitan perjanjian Gammerlite dan Ireka Corporation.
Gammerlite tipu syarikat lain
Lebih mengejutkan, sumber mendakwa Gammerlite turut melobi beberapa syarikat lain untuk menjadi sub-sub kontraktor, mewujudkan rantaian subkontrak berlapis yang jarang berlaku bagi projek mega kerajaan. Subkontrak berlapis menyebabkan projek ini tertangguh dari pelaksanaan sebenar.
MTD Putuskan Hubungan – Gammerlite tipu Ireka Corporation

Pada 30 Jun 2025, MTD secara rasmi menamatkan Project Operation Agreement (POA) dengan Gammerlite kerana kegagalan syarikat itu menyediakan pembiayaan sebagaimana ketika Gammerlite meminjam lesen syarikat itu bagi melobi projek Pan Borneo.
Tidak lama selepas itu, pada 8 Julai 2025, Gammerlite cuba melarikan diri dengan menghantar notis “mutual termination” kepada Ireka Corporation.
Namun, Ireka menolak cadangan tersebut atas alasan:
i. Kerja awalan bernilai lebih RM10 juta sudah disiapkan oleh Shoraka Construction.
ii. Tiada sebarang pampasan ditawarkan oleh Gammerlite.
iii. Ireka telah merekodkan keuntungan awal sebanyak RM1 juta walaupun projek hanya berjalan 1%.
Kini, Ireka sedang mendapatkan nasihat guaman dan bersedia menuntut hak mereka di mahkamah.
Namun menurut sumber Gammerlite sedang berunding semula dengan MTD akan meneruskan kerjasama kerana telah berjaya mendapat pembiaya projek dari China meneruskan projek ini. Aaron Chin dikatakan berusaha membawa dana itu namun tetap akan menendang Ireka Corp.
Dalang Disebalik Tabir Gammerlite– Aaron Chin

Siapa Aaron Chin? Nama Aaron Chin merupakan salah seorang pengarah Gammerlite dan pemilik francais restoran terkenal KyoChon 1991 Malaysia sebagai dalang sebenar di sebalik permainan ini.
Beliau bertanggungjawab:
i. Menggunakan pengaruh melobi Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kerja Raya untuk mendapatkan laluan projek.
ii. Bersama rakan pengarah Ratina Idris dan Johnny John @ Ronnie, menipu bukan sahaja Ireka, malah beberapa syarikat lain yang dijanjikan peluang subkontrak.
iii. Kemelut makin sukar kerana Aaron Chin dikatakan telah memerah jutaan ringgit daripada Ireka Corporation dan beberapa syarikat lain tetapi projek masih belum dapat dilaksanakan.
iv. Didakwa cuba menjual pakej WP33 kepada pelabur China selepas gagal menyediakan dana tempatan.
Aaron Chin pemegang 30 peratus saham KyoChon 1991 Malaysia sebuah syarikat yang rugi namun menjadi pengarah kepada Gammerlite sebuah syarikat pembinaan dari Sabah sejak tahun 2023.


Kini Aaron Chin menggunakan Gammerlite Sdn Bhd untuk menipu pelbagai syarikat bagi melaksana projek Pan Borneo Sabah.
Gammerlite syarikat yang rugi tahun 2022 sebelum untung pada tahun 2023.


Rekod Cagaran menunjukkan lebih 10 charge bank, termasuk hutang besar RM32.6 juta dengan CIMB Bank sejak 2015 dan status masih unsatisfied
Gammerlite dikatakan berkuasa terhadap syarikat MTD Contruction yang juga sebuah syarikat rugi dan bermasalah.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024, MTD merekodkan hasil sebanyak RM49.05 juta tetapi mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM3.94 juta. Walaupun syarikat masih mempunyai ekuiti positif berjumlah RM126.44 juta, kerugian ini memberi isyarat terdapat cabaran dalam kos operasi atau projek semasa.
Namun MTD anak syarikat MTD ACPI Engineering Berhad, (Dulu bawah kumpulan MTD Capital Bhd) sangat berpengalaman terlibat projek besar seperti:
i. Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak (KLK Expressway) – MTD Construction terbabit dalam pembangunan, pelebaran, serta penyelenggaraan lebuh raya ini sejak 1990-an.
ii. East Coast Expressway (ECE / LPT) – terlibat dalam pembinaan Fasa 1 Lebuhraya Pantai Timur (Karak–Kuantan).
Atas sebab tu mungkin Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melantik MTD melaksana satu dari pakej 1B Pan Borneo di Sabah.
Bagaimanapun menjadi persoalan mengapa MTD Contruction berpengaaman tidak melaksanakan sendiri projek ini? Mengapa MTD Contruction menjual projeknya kepada syarikat Gammerlite yang lebih kecil dan rugi yang menyebabkan projek Pakej WP33 dari Kampung Lumou Baru ke Kampung Toupus tergendala hingga kini.
Mengapa MTD boleh percaya kepada Pengarah syarikat scammer seperti Aaron Chin?

Nasib Pan Borneo – Ke Mana Halatuju WP33?
Persoalan paling besar kini apakah nasib projek Pan Borneo WP33?
Sekiranya kemelut antara MTD – Gammerlite – Ireka tidak diselesaikan segera, projek sepanjang 19.5 km bernilai RM1.3 bilion ini bakal terbengkalai.
Kelewatan ini bukan sahaja membebankan rakyat Sabah yang menanti kemudahan jalan raya moden, tetapi juga mencalar kredibiliti kerajaan persekutuan yang sering menjanjikan projek Pan Borneo sebagai simbol pembangunan Sabah.

Gammerlite dan Aaron Chin kini dilihat sebagai penipu korporat yang menggunakan nama besar Pan Borneo untuk memancing dana, menjerat syarikat-syarikat tempatan termasuk Ireka, sebelum akhirnya gagal melaksanakan tanggungjawab.
Kerajaan perlu segera campur tangan, menyemak semula kontrak MTD, dan memastikan projek ini diselamatkan daripada terus menjadi kubur berbilion ringgit.
Kepada syarikat sub kontraktor lain yang ditipu oleh Gammerlite dan Aaron Chin perlu tampil ke depan dan lapor polis bagaimana Aaron Chin ‘pau’ mereka. Duit ambil tetapi projek tiada!
