Kemelut dalaman yang sekian lama membelenggu NexG Berhad akhirnya menemui noktah apabila tokoh korporat Melayu, Datuk Ishak Ismail, tampil mengambil alih peranan sebagai Pengerusi Eksekutif serta pemegang saham terbesar syarikat itu. Perkembangan ini dilihat sebagai titik perubahan penting dalam usaha menamatkan konflik kuasa yang sebelum ini didakwa melibatkan kumpulan berkepentingan dalam syarikat teknologi keselamatan tersebut.
Sebelum ini, NexG dikatakan berdepan perebutan pengaruh antara beberapa pihak termasuk Victor Chin Boon Long Ketua Mafia korporat terkenal dengan rampasan syarikat senarai awam dilantik COO, kumpulan Mr R Peguam Ruben– Hitech Padu, serta kem yang dikaitkan dengan Dato’ Sri Amin Bangla pemilik Bestinet yang kontroversi. Pertembungan kepentingan ini bukan sahaja mencetuskan ketidakstabilan dalaman, malah menimbulkan kebimbangan terhadap hala tuju strategik syarikat yang terlibat dalam projek berkaitan identiti nasional.
ARTIKEL BERKAITAN –
Namun, kemasukan Datuk Ishak Ismail sebagai pemegang saham terbesar dengan pegangan 23.72% atau 827,495,449 unit saham dan mungkin akan menguasai lagi 10% pegangan lain telah mengubah landskap kuasa secara drastik. Kedudukan ini meletakkan beliau sebagai figura dominan dalam menentukan dasar dan arah strategik NexG, sekali gus menamatkan pengaruh kumpulan-kumpulan yang sebelum ini dilihat mencorakkan percaturan dalaman syarikat.

Maka tiada lagi Victor Chin, Ruben – Farhash dan Dato’ Sri Amin Bangla.
Sumber dalaman industri melihat langkah tersebut sebagai “pembersihan menyeluruh” apabila individu dan kumpulan yang dikaitkan dengan konflik terdahulu tidak lagi mempunyai pengaruh dalam struktur pengurusan semasa. Peralihan ini juga membuka ruang kepada pembentukan semula tadbir urus korporat yang lebih tersusun dan berintegriti.

NexG menepati piawaian keselamatan negara
Sebagai syarikat yang terlibat dalam pembangunan teknologi kad pengenalan dan pasport, NexG mempunyai kepentingan strategik kepada negara. Justeru, kestabilan dalaman syarikat menjadi keutamaan. Dengan penstrukturan baharu ini, kebimbangan berkaitan keselamatan dan integriti sistem kini dilihat semakin reda, sekali gus memulihkan keyakinan pemegang saham serta pihak berkepentingan.
Dalam perkembangan sama, Ishak Ismail tampil menjawab pelbagai dakwaan luar yang dibangkitkan oleh pihak tertentu termasuk badan bukan kerajaan dan beberapa ahli akademik. Menurut beliau, semua operasi NexG dilaksanakan mengikut rangka kerja kawal selia ketat sebagai syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, dengan setiap keputusan strategik melalui proses kelulusan dan pendedahan yang telus.

Beliau turut menegaskan bahawa cadangan seperti audit forensik atau penggantungan kontrak kerajaan tidak boleh dibuat secara sembarangan tanpa asas undang-undang dan bukti kukuh. Kenyataan yang tidak berasaskan fakta, katanya, berpotensi menjejaskan keyakinan terhadap projek-projek penting negara yang sedang dilaksanakan oleh syarikat tersebut.
Maka menyarankan kontrak NexG di semak semula atas isu keselamatan negara adalah sangat keterlaluan kerana NexG kini di bawah pengurusan baharu yang tiada kaitan lagi dengan individu kontroversi sebelum ini
Mengulas isu kewangan, NexG menjelaskan bahawa kerugian nilai saksama yang dibangkitkan adalah pelarasan perakaunan bukan tunai mengikut piawaian pelaporan kewangan, dan bukannya kehilangan sebenar dana atau sebarang bentuk salah guna kewangan. Penjelasan ini penting bagi mengelakkan salah tafsir yang boleh memberi gambaran negatif terhadap kedudukan kewangan syarikat.
NexG pengurusan baharu
NexG mengakui bahawa isu-isu lampau yang dikaitkan dengan individu kontroversi telah pun ditangani. Kini, NexG beroperasi di bawah lembaga pengarah baharu dengan mandat jelas untuk memperkukuh integriti, ketelusan dan disiplin dalam pengurusan.
Dengan berakhirnya konflik dalaman dan pengukuhan kepimpinan baharu, NexG kini dilihat berada di landasan lebih stabil. Pemegang saham dan rakyat diseru untuk memberi kepercayaan kepada pengurusan baharu dalam memastikan syarikat terus memainkan peranan penting dalam sektor teknologi keselamatan negara.
Perang korporat telah berakhir, namun fasa pemulihan dan pembinaan semula kepercayaan kini menjadi agenda utama — dan di bawah kepimpinan Datuk Ishak Ismail, NexG dilihat bersedia untuk melangkah ke fasa baharu yang lebih kukuh dan berdaya tahan.
