Sekatan Terbaharu Susulan Pendedahan Bloomberg Mengenai Rangkaian Mafia Korporat, Pegangan Saham Azam Baki dan syarikat senarai awam
KUALA LUMPUR – Portal penyiasatan korporat The Corporate Secret (TCS) sekali lagi disekat aksesnya di Malaysia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menjadikan ini kali ke-13 sejak 2023 laman tersebut dikenakan sekatan.
Sekatan terbaharu ini berlaku tidak lama selepas laporan antarabangsa oleh Bloomberg yang meneliti isu pegangan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki termasuk nama-nama yang pernah disentuh oleh The Corporate Secret dalam laporan terdahulu.
TCS sebelum ini aktif menerbitkan analisis silang pemilikan saham melibatkan beberapa entiti tersenarai termasuk NexG Berhad, MMAG Holdings Bhd dan Velocity Capital Partners Bhd. TCS turut menyiarkan laporan berkaitan mafia korporat Victor Chin Boon Long, yang sering disebut dalam konteks rangkaian pelaburan dan pengambilalihan Syarikat senarai awam menggunakan penguatkuasa SPRM.
Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh MCMC berhubung alasan sekatan terkini, pemerhati media melihat pola yang konsisten — sekatan biasanya berlaku selepas penerbitan laporan sensitif melibatkan kepentingan korporat atau isu tadbir urus berprofil tinggi.
Sepanjang dua tahun lalu, portal TCS telah menggunakan 13 domain bagi mengekalkan akses pembaca. Antara domain yang telah disekat termasuk:
- https://thecorporatesecret.com
- https://thecorporatesecrets.com
- https://thecorporate-secret.com
- https://thecorporate-secrets.com
- https://thecorporates-secret.com
- https://thecorporates-secrets.com
- https://thecorporatessecret.com
- https://thecorporatessecrets.com
- https://the-corporatesecret.com
- https://the-corporatessecret.com
- https://the-corporatessecrets.com
- https://the-corporates-secrets.com
- https://the-corporate-secrets.com

Sekatan berulang ini menimbulkan persoalan lebih besar mengenai kebebasan media digital dan ruang wacana awam di Malaysia, khususnya apabila laporan-laporan tersebut turut mendapat perhatian media antarabangsa.
Pemerhati berpendapat, jika trend ini berterusan, tekanan terhadap media penyiasatan bebas berpotensi memberi implikasi reputasi kepada landskap pelaburan dan tadbir urus korporat negara. Dakwaan terdapat ahli perniagaan mafia menggunakan pegawai SPRM untuk merampas dan membeku akaun Syarikat boleh menjejaskan pelabur di negara ini.
Penguasaan dan perampasan syarikat senarai awam oleh mafia korporat Victor Chin Boon Long bukanlah sebuah kisah dongeng. Ia berlaku di depan mata hingga kini sehingga penguasaan NexG Bhd.

